Mee segera lagi!! Cetak
Ditulis oleh Te@M.IT   
Isnin, 06 April 2009 01:29
BUKIT GANTANG, 6 April : Rondaan yang dibuat oleh kami, masih kelihatan pembaikian jalan di kawasan kuala Terong. Kelihatan 2 buah jentolak tersadai di tepi jalan dan beberapa orang pekerja lelaki berehat sambil minum di salah sebuah kedai berkenaan.

"Orang memberi kita jangan tolak, bila pangkah pandai-pandai la", itulah yang diujarkan oleh salah seorang pekerja di kedai kopi tersebut bila ditemuramah oleh Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya . "Ini la mee segera, esok lusa siapla", tambah lelaki lain pula.
 

Operasi pembaikian jalan dan membesarkan longkang di kuala terong tersebut bermula pada 2 hari sebelumnya dan dikehendaki siap sebelum pilihanraya.
 


Inilah salah satu rasuah yang diberikan oleh BN kepada rakyat. Mengapa sekarang baru mereka ingin membaiki jalan sedangkan itu sudah menjadi tanggungjawab mereka selama ini.