PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Ketua Pemuda PAS Tampin meninggal dunia PDF Cetak emel
Ditulis oleh Azamin Amin   
Jumaat, 20 Mac 2009 03:17

KUALA LUMPUR, 20 MacĀ  - Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

 

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

 

Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi.

 

"Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

 

"Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya," katanya.

 

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

 

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. -harakah

 

 

ALBUM