PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Lebih 5,000 ziarahi jenayah Allahyarham Roslan PDF Cetak emel
Ditulis oleh Wartawan Kita   
Rabu, 11 Februari 2009 04:17
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat adalah antara 5,000 orang termasuk sanak saudara dan rakan taulan yang menziarahi dan memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Roslan Shahrum di kediamannya di Changkat Larang, dekat sini hari ini.
 
 
Nizar membacakan talkin pada Allahyarham, manakala Tuan Sheikh Mohd Nor Al-Hafiz membacakan tahlil dan Ustaz Zulkarnain Ibrahim membacakan doa di tanah perkuburan Islam Changkat Larang, tempat persemadian Allahyarham.
 
Jenazah Allahyarham  Roslan tiba di kediamannya dari Hospital Batu Gajah kira-kira jam 3.00 petang. Setibanya jenazah, saudara mara, rakan taulan pelbagai bangsa bertali arus tiba menyampaikan ucapan takziah pada isteri dan memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
 
Antara yang hadir ialah DS Anwar Ibrahim, Dr Hatta Ramli, Dato Mahfuz Omar, Ustaz Haji Ahmad Awang, barisan ahli parlimen dan Adun. Para  pimpinan tertinggi Parti pakatan Rakyat Perak dan Pegawai kerajaan juga kelihatan hadir.
 

ALBUM