PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Isyarat kemenangan Bukit Gantang dan Bukit Selambau - Media Selangor PDF Cetak emel
Ditulis oleh Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir   
Rabu, 08 April 2009 04:50

PAS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua calon Pakatan Rakyat iaitu Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan S. Manikumar (PKR) yang masing-masing semalam memenangi pilihan raya kecil kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

 

Sehubungan dengan itu PAS Selangor ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan syabas khasnya kepada seluruh jentera dan petugas pilihan raya PAS Selangor yang telah bekerja bertungkus-lumus dengan rakan-rakan lain dari Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan calon-calon kita ini.


Sesungguhnya kemenangan Bukit Gantang dan Bukit Selambau ini memberi isyarat bahawa sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat tetap utuh dan konsisten sejak dari pilihan raya umum 2008 lalu dan malah ia diyakini semakin meningkat. Penolakan rakyat terhadap BN dan Umno berterusan dan dibuktikan dengan kemenangan berganda ini sejak pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh membawa ke parlimen Kuala Terengganu dan kini kedua-dua kerusi ini.

 
Atas hakikat itu PAS Selangor menyeru kepada seluruh jentera parti di negeri ini agar mempertingkatkan lagi usaha mereka masing-masing agar saki-baki kerusi BN khasnya Umno di Selangor ini akan dapat ditumbangkan menjelang pilihan raya umum yang ke 13 ini. Usaha untuk mempelewa ahli-ahli Umno selangor agar berhijrah menyertai PAS akan dipertingkatkan.

 
Dengan sokongan padu rakyat ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor insyallah dijangka akan terus kukuh dan mampu terus bertahan sekaligus melupuskan peluang untuk BN kembali berkuasa.

 
Oleh itu, dari keputusan ini, PAS Selangor menyeru seluruh anggota dan kakitangan kerajaan negeri Selangor agar memberikan sepenuh taat setia dan kerjsama serta komitmen terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini dalam melaksanakan program dan agenda perjuangan mereka. BN dan Umno akan kekal sebagai pembangkang berdasarkan perkembangan mutakhir ini.

 

DIKELUARKAN OLEH:

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

8 April 2009

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 08 April 2009 04:58
 

ALBUM