PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA

INFO P059

Sekat rakyat keluar undi PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Selasa, 07 April 2009 03:51
KUALA SEPETANG, 7 April : Jalan raya laluan Simpang ke Kuala Sepetang ditutup pagi ini oleh pihak polis. Didapati untuk ke Kuala Sepetang hanya boleh melalui jalan dari Changkat Jering ke Kuala Sepetang.

Apakah wajar polis menutup jalan pada waktu hari mengundi? Sedangkan orang ramai digalakkan keluar untuk mengundi dan pihak polis yang begitu banyak yang diarahkan turun ke Bukit Gantang ini sepatutnya melancarkan perjalanan kenderaan di jalan raya dan bukannya menyekat.

Ini boleh menyebabkan kecurigaan kerana jalan raya tidak sepatutnya ditutup kerana ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan sekaligus menyebabkan pengundi malas untuk keluar mengundi.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa ia adalah salah satu cara untuk menyekat petugas PAS untuk masuk ke Kuala Sepetang untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi. Ditambah pula sebanyak 75% masyarat cina di Kuala Sepetang adalah penyokong PAS.
Terakhir dikemaskini pada Selasa, 07 April 2009 04:11
 

ALBUM