PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Polis lepas gas pemedih mata PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Selasa, 07 April 2009 02:54

TERKINI (11.40 am) : AIR KUNING, 7 April : Dilaporkan berlaku kekecohan sekali lagi berhampiran tempat mengundi di SK Pengkalan Aor sebentar tadi hinggakan polis melepaskan gas pemedih mata.


Menurut Te@.IT yang bertugas, polis telah melepaskan gas pemedih mata dengan alasan meredakan keadaan. Ini dikatakan satu provokasi yang dilakukan oleh puak BN supaya menakut-nakutkan pengundi untuk keluar undi.

Kami mendapat berita terkini menyatakan bahawa kekecohan berlaku adalah disebabkan petugas dan penyokong PAS yang terlalu ramai hinggakan 'melimpah'/memasuki ke kawasan BN dan menyebabkan BN marah. 

Apakah tempat mengundi berkenaan berlaku satu keganasan dan rusuhan yang amat teruk hinggakan polis sanggup melepaskan gas pemedih mata?

Sebelum ini dilaporkan hanya berlaku sedikit kekecohan di kawasan berkenaan kerana pihak BN yang mendirikan pondok panas di tengah laluan utama pengundi.

Kekecohan turun berlaku di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning pagi tadi hinggakan FRU campur tangan untuk meredakan keadaan.

Kekecohan berlaku adalah disebabkan penyokong dan peraih undi PAS berdiri berhampiran dengan penyokong dan peraih undi BN.

Orang yang berada ditempat kejadian memberitahu pihak BN dikatakan marah hinggakan hampir bertumbuk.


FRU seramai 7 orang datang meredakan keadaan tetapi nampak menyebelahi puak BN hinggakan penyokong BN memuji FRU dengan perkataan " Abang Polis Baik".

Dalam pilihanraya adalah menjadi kebiasaan penyokong dan peraih undi berdiri berhampiran atau bersebelahan dengan pihak lawan untuk meraih undi.

Jalan dari Changkat Jering ke Jalan Simpang dilaporkan sesak sejauh 1 kilometer.

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 07 April 2009 03:45
 

ALBUM