PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Bekas perajurit bersama PAS PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Isnin, 06 April 2009 01:35

CHANGKAT JERING, 6 April : Bekas anggota perajurit mencadangkan agar ditubuhkan satu Kelab Penyokong PAS Bekas Perajurit yang akan dianggotai oleh bekas-bekas perajurit. Ini adalah satu cadangan awal oleh para bekas perajurit ini semasa satu perjumpaan diadakan di restoran Pa Buah di sini.


Seorang bekas perajurit yang dikatakan paling tua, Hj Hassan Hj Mohd Din yang juga dikenali sebagai Pak Teh pula merupakan antara orang yang terawal merasa keperitan ditahan di bawah akta ISA. Beliau yang kini berusia 86 tahun merupakan bekas anggota API (Angkatan Pemuda Insaf) iaitu satu gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau kemudiannya menyertai tentera sebaik sahaja dibebaskan dari ISA.

 

 

Beliau menyatakan bahawa API jauh lebih dahulu berjuang untuk kemerdekaan negara. Umno yang ditubuhkan selepas itu pada mulanya hanya melaungkan slogan 'Hidup Melayu' tanpa ada usaha ke arah kemerdekaan negara. Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana apa yang diceritakan di dalam buku sejarah sekarang hanyalah berkenaan dengan Umno. Kisah sebenar gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan sengaja disembunyikan oleh Umno daripada pengetahuan generasi baru.

Seorang lagi bekas anggota tentera yang ditemui ialah pakcik Abd Wahab Ismail. Beliau merupakan salah seorang anggota tentera terawal yang menyertai angkatan tentera negara ini. Beliau terus aktif di dalam PAS sebaik sahaja bersara dari tentera pada tahun 1978. Pada waktu itu, tidak ramai yang mahu bersama PAS.

 


Beliau pernah diamanahkan sebagai calon di kawasan Rembau. Semasa penamaan, hanya 20 orang penyokong PAS yang mengiringi beliau. Namun, semangat beliau tidak pernah luntur dengan segala ancaman dan tohmahan yang dilemparkan. Beliau terus gigih berjuang bersama PAS sehingga ke hari ini. Beliau yang kini berusia 71 tahun masih terus bersemangat untuk turun ke Bukit Gantang untuk memberi sokongan padu kepada calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar.

Beliau turut menyatakan bahawa Dato' Seri Nizar merupakan seorang calon yang beliau hormati. Dato' Seri Nizar mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan dihormati. Seharusnya beliau menjadi calon pilihan para pengundi di Bukit Gantang pada 7 April nanti.

 

 

ALBUM