PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Awas!! UMNO mungkin timbulkan kekecohan PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Isnin, 06 April 2009 01:09

BUKIT GANTANG, 6 April - Suasana di sekitar kawasan Bukit Gantang semakin tegang dikala hari mengundi semakin hampir. Semalam telah berlaku kekecohan di Kampung Jahar dan di sekitar kawasan Air Kuning, yang menyebabkan kecederaan petugas PAS.


Pengarah pilihan raya PAS Pusat, Mustafa Ali mendapat maklumat daripada kalangan UMNO sendiri bahawa akan ada usaha untuk menimbulkan suasana rusuhan di malam hari pengundian. Ini dilakukan bagi menakutkan pengundi-pengundi terutamanya orang-orang India dan cina.

 


Menurut beliau, suasana ini ditimbulkan kerana BN berada dalam keadaan terdesak dan mereka menyedari bahawa mereka berada terkebelakang daripada PAS sekarang ini. Selain itu pengundi-pengundi Cina dan India kini menyebelahi PAS menyebabkan mereka lebih terdesak.

Oleh yang demikian, beliau telah meminta supaya polis menyiasat perkara tersebut. "Jika polis menjalankan tugas dengan baik ini takkan berlaku" katanya.

Mustafa juga mengharapkan UMNO bertanding secara gentlemen dan UMNO/BN tidak melakukan perkara-perkara yang diluar batasan, selain meminta para petugas PAS bekerja dengan sabar dan tidak melayan provokasi UMNO.

Mustafa juga mengandaikan peratusan keluar mengundi akan bertambah sekiranya kedua-dua pihak (Pakatan Rakyat dan BN) terus bekerja keras untuk meramaikan pengundi. Berdasarkan peratusan pada pilihan raya umum yang lepas, beliau meramalkan peratusan keluar mengundi tidak akan lebih daripada 75%.

Pada pilihan raya lepas peratusan keluar mengundi ialah lebih kurang 72.65%. Roslan Shahrom memenangi parlimen Bukit Gantang dengan mendapat 20,015 undi mengalahkan Abd Azim Mohd Zabidi,  18,449 undi dan Mohganan A/L P. Manikam, 872 undi.

 

ALBUM