PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Mereka lebih bijak! PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Ahad, 05 April 2009 23:56

AIR KUNING, 6 April : Kehadiran kumpulan penunggang motor berkuasa besar petang semalam di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah menarik perhatian orang ramai. Sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh kumpulan bermotor ini sekurang-kurangnya meningkatkan semangat petugas-petugas PAS.


Kumpulan bermotor yang memakai jaket 'Taiping Bikes Club' membantu dalam kempen PAS sepanjang tempoh berkempen ini. Serombongan penunggang motor besar kelihatan berehat di Markaz Induk PAS di Air Kuning. Ini menunjukkan mereka turut memberi sokongan kepada calon PAS, Dato' Seri Nizar Jamaluddin dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini.



Dalam membantu memperkenalkan calon PAS, Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, antara aktiviti mereka adalah berkonvoi memasuki kawasan kampung dengan motor besar yang penuh dengan tampalan stiker PAS dan stiker 'Kami Sokong Nizar'.



Kehangatan sokongan terhadap calon juga turut dilihat pada pemandu-pemandu lori yang menampal poster calon di kanvas lori dan mengibarkan bendera Pas menandakan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Nizar yang dianggap mereka sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Kelihatan juga remaja-remaja menunggang motorsikal dan basikal sambil membawa bendera PAS dengan kerelaan mereka sendiri. Mereka bukanlah dipergunakan oleh PAS sepertimana yang digembar-gemburkan oleh BN tetapi mereka adalah remaja yang bijak pandai yang telah tahu erti kebenaran. "Mereka lebih bijak daripada penyokong-penyokong BN!!".

 

ALBUM