PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Pengganas PAS di Bukit Gantang? PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Ahad, 05 April 2009 09:26
PAS mengesyaki wujud komplot dari pihak luar yang berniat agar PAS digambarkan sebagai pengganas dan bakal menimbulkan huru-hara menjelang hari pengundian di kawasan Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. Komplot ini jelas dirancang untuk mencemarkan nama baik PAS seterusnya mengelirukan para pengundi agar tidak mengundi PAS dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Komplot ini merancang supaya kumpulan pengganas tersebut yang digambarkan sebagai penyokong fanatik PAS bertindak membakar kereta lama milik pihak polis dalam satu kejadian di balai polis", demikian menurut pendedahan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku maka ia akan sedikit sebanyak mencalar imej PAS  bahkan akan menimbulkan pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun PAS tetap optimis dalam perjuangannya, dalam usaha "mengekalkan kemenangan untuk rakyat" kerana PAS yakin dengan kebijaksanaan pengundi menerima dan menilai maklumat yang benar mengenai situasi yang berlaku ketika ini.
 
Justeru itu, PAS sememangnya bersyukur dan berbesar hati dengan kerjasama dan kepercayaan yang telah dan bakal diberikan khususnya daripada para pengundi di Bukit Gantang ini.

Semoga 7 April ini membawa perubahan yang baik kepada semua dan zahirkanlah sokongan padu anda kepada PAS sepenuhnya. Moh kite turun mengundi yop!  

 

 

ALBUM