PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Jangan terperangkap lagi! - Tokguru Nik Aziz PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Ahad, 05 April 2009 08:34

BUKIT GANTANG, 5 April - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat Malaysia khususnya pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang agar tidak terus terperangkap dengan gimik politik yang sedang dimainkan oleh Umno-BN.

 

"Saya ingin ingatkan kepada semua rakyat khususnya pengundi di Bukit Gantang agar tidak terperangkap dengan kata-kata pemimpin Umno-BN," ujarnya pada sidang media sebaik ceramah kempen selesai di Kampung Tebok malam tadi.



Menteri Besar Kelantan itu membuat ingatan tersebut sebagai mengulas soalan pemberita mengenai 'kejutan' yang dibuat Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Razak menerusi ucapan sulungnya baru-baru ini.



Ujarnya, sejak 52 tahun yang lalu setiap kali perlantikan perdana menteri Umno-BN pasti akan ada 'gula-gula' yang diberikan rakyat sebagai menggambarkan imej beliau yang bersih serta baik.



"Setiap kali perdana menteri baru naik, mesti ada benda baru yang diumumkan sebagai membeli sokongan rakyat selain memberi persepsi yang baik-baik belaka.


"Tetapi saya ingin ulangi sekali lagi di sini bahawa jangan terperangkap dengan permainan Umno-BN buat kali ini selepas lima kali dipermainkan oleh Umno-BN," katanya memandangkan anak beliau, Nik Adli juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.



Dalam ucapan sulung tersebut, Najib telah mengumumkan penarikan semula arahan terhadap penggantungan Harakah dan Suara KeADILan serta
membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada Penjara Kamunting.



"Umno tiada tunjang dalam berfikir dan mempertimbangkan keperluan rakyat kerana ia telah lama disunguti oleh PAS dan Pakatan Rakyat.



"Walaupun ia perkara baik tetapi akhirnya mereka gagal jadi pemimpin Melayu kerana kalau nak berpolitik mesti bertakwa kepada Allah," ujarnya.



Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong India PAS, Suria meminta agar pengundi Melayu yang masih menyokong Umno-BN agar segera bertaubat dan kembali memilih pemimpin yang memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat menerusi Pakatan Rakyat.



"Kalau kami orang bukan Melayu pun sudah boleh menilai dengan baik serta menyokong Pakatan Rakyat, kenapa orang Melayu tidak boleh?



"Saya menyeru kepada mereka agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," ujarnya kepada lebih 6,000 orang yang hadir.



Sambil berseloroh, beliau menyatakan bahawa jika mereka tidak mahu menyertai PAS, penyokong yang ingin berubah boleh memilih PKR dan DAP malah sekiranya masih sukar untuk membuat keputusan, boleh menyertai beliau bersama Kelab Penyokong PAS.



"Kalau taknak masuk PAS, boleh pilih PKR atau DAP. Kalau taknak juga, boleh masuk bersama saya (Kelab Penyokong PAS)," ujarnya sambil disambut laungan Makkal Sakti dan laungan takbir.


Ucapan beliau yang bersemangat itu berjaya menghiburkan para pengunjung yang hadir selain menyuntik semangat juang kepada penyokong dan petugas.


Turut berucap pada malam itu, Speaker Dun Perak, V.Sivakumar, ahli parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang serta Naib Presiden KeADILan, Dato' Lee Boon Chye.



Ceramah yang diadakan di atas sebidang tanah milik individu di Kampung Tebok itu berjaya mengumpulkan kira-kira RM6,140.

Terakhir dikemaskini pada Ahad, 05 April 2009 09:42
 

ALBUM