PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Terdesak, Umno sebar risalah hasutan PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected] IT   
Ahad, 05 April 2009 06:41

BUKIT GANTANG, 5 April : Umno sudah memulakan taktik terdesak mereka dengan menyebarkan risalah dan kain rentang yang berbentuk hasutan.


Demikian kenyataan Pengarah Jentera Operasi Pilihan raya PAS Bukit Gantang, Asmuni Awi pada sidang media harian yang diadakan PAS pagi ini.



"Mereka telah memulakan taktik-taktik seperti ini kerana terdesak dengan keadaan yang sedang berlaku di Bukit Gantang ini,"ujarnya.



Sementara itu, beliau juga mendesak Dato Ahmad Zahid Hamidi agar menafikan maklumat bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan kumpulan kongsi gelap di Hotel Legend baru-baru ini.



"Kita mendapat maklumat bahawa mereka juga mengadakan pertemuan dengan 'secret society' iaitu kongsi gelap Cina di Hotel Legend dengan Dato' Ahmad Zahid Hamidi untuk menakutkan para pengundi Cina," katanya ketika menjawab soalan wartawan mengenai strategi BN yang terbaru.


Pihaknya juga memaklumkan bahawa dua laporan polis dibuat ekoran terdapat penyebaran risalah hasutan oleh Umno Ipoh Timur.



"Kami juga menerima laporan bahawa UMNO Ipoh Timur didapati telah menyebarkan risalah hasutan dan dua laporan polis telah dibuat oleh petugas DAP di sana," ujarnya sambil menjelaskan mengenai risalah yang bertajuk 'Jangan cabar orang Melayu.'



Hal ini ujarnya perlu disiasat polis kerana ia dikhuatiri menjejaskan kepentingan dan keharmonian perpaduan kaum apatah lagi dalam suasana kehangatan pilihan raya kecil sekarang ini.

 

Pada sidang media yang sama juga, Asmuni memaklumkan bahawa satu Debat Perdana mengenai isu derhaka kepada istana Perak akan diadakan di Dewan Air Kuning, Taman Kaya pada jam 9 malam esok, 6 April.



Panel-panel yang dijemput akan mewakili kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan Rakyat bagi menjawab isu ini. Calon PAS, YB Ir. Nizar Jamaluddin akan menjadi panel bersama YB Husam Musa. Manakala BN masih belum memberi sebarang respon terhadap debat ini setakat ini.




Hari ini merupakan hari kelapan kempen pilihan raya yang berjalan lancar dan petugas-petugas Pakatan Rakyat sedang melipatgandakan usaha di ketiga-tiga DUN dengan menyebarkan risalah dan merayu undi dari rumah ke rumah.



Sebanyak lebih 2000 petugas tetap setiap hari dan memberi lebih tumpuan di DUN Trong dan hampir 30 ceramah diadakan pada malam ini dan esok untuk menerangkan kepada rakyat tentang isu-isu yang melanda Perak di seluruh DUN.

 

Terakhir dikemaskini pada Ahad, 05 April 2009 07:18
 

ALBUM