PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Pak Lah patut beri Najib tempoh membersihkan nama PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Ahad, 05 April 2009 01:56
SIMPANG, 5 April - Ahli Parlimen Teluk Intan YB M. Monorogaran a/l Marimuthu ketika berucap dekat sini malam tadi menyuarakan rasa hairannya terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi kerana memberi laluan mudah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Beliau ketika berucap di hadapan ribuan pengunjung yang memenuhi dataran ekspo Simpang menyatakan bahawa Pak Lah sepatutnya memberikan tempoh selama enam bulan hingga setahun untuk Najib membersihkan namanya sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Pak Lah menurut Monorogaran seakan terlalu tergesa-gesa untuk melepaskan jawatan tertinggi negara itu.

Mengulas berkenaan larangan menyebut kes pembunuhan wanita Mongolia dalam siri kempen Pakatan Rakyat, Monorogaran menjelaskan bahawa subjudice bermaksud tidak membincangkan butiran kes yang sedang dibicarakan di mahkamah seperti persoalan 'siapa yang bunuh' dan membuat kenyataan di media masa.

Sebaliknya, orang awam tidak dibatasi untuk bertanya berkenaan 'mengapa saksi tidak dipanggil untuk membantu perbicaraan?'.

Monorogaran dalam ucapan yang sama turut mempersoalkan jumlah pegawai polis yang terlalu ramai untuk memantau perjalanan sebuah pilihanraya kecil. Beliau menggesa Ketua Polis Negara supaya menggunakan anggota polis secara maksima untuk membanteras jenayah yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Terakhir dikemaskini pada Ahad, 05 April 2009 04:07
 

ALBUM