PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Nizar bukan boneka DAP - Kulasegaran PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Ahad, 05 April 2009 00:21
SIMPANG, 5 April : "Nizar bukan boneka DAP!" tegas YB M. Kulasegaran yang merupakan ahli parlimen Ipoh Barat di sebuah ceramah umum dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan menjelaskan berkenaan pendapatan hasil balak yang telah diperolehi secara berlipat kali ganda selama sembilan bulan pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding pendapatan setahun semasa pemerintahan Barisan Nasional menjadi bukti bahawa Nizar bukanlah boneka seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Meskipun parti DAP yang diwakilinya memperolehi kerusi terbanyak iaitu 18 buah, beliau menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tidak akan berjaya tanpa gabungan daripada parti PAS dan Keadilan.

Ketika mengulas berkenaan peningkatan jumlah orang di ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional, beliau menyatakan bahawa orang-orang tersebut tidak mempunyai sebab yang kukuh ke sana tetapi hanya kerana disebabkan oleh pemberian makanan secara percuma dan juga hiburan yang disediakan.

Kulasegaran yang juga peguam bagi kes Hindraf, memaklumkan bahawa pengumuman Perdana Menteri untuk membebaskan 13 tahanan ISA termasuk dua orang berkaitan Hindraf masih belum dilunaskan (ketika ceramah umum dibuat).

Namun begitu, beliau juga mempersoalkan berkenaan nasib 55 orang yang lain di mana ada di antara mereka telah ditahan bertahun-tahun lamanya.

 

ALBUM