PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Pak Lah dipinggirkan PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Ahad, 05 April 2009 00:16

Papan iklan PAS bertema "Kekalkan kemenangan untuk rakyat" dengan berlatarkan gambar calon PAS yang melambaikan tangan sambil tersenyum, Insya Allah boleh menarik pengundi di Bukit Gantang untuk mengundi beliau dan seterusnya mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat sebagai teraju pemerintahan negeri Perak bagi 5 tahun berikutnya.


Sementara itu papan iklan BN, "Mohon restu rakyat" dengan berlatarkan gambar Najib, Zambry dan Ismail diletakkan dalam jumlah yang jauh lebih banyak daripada yang diletakkan oleh Jentera PAS.

Namun kenyataannya jumlah yang sedikit itu telah mengalahkan jumlah iklan UMNO yang banyak itu. Lalu ia mengundang sakit hati, dengki dan khianat sehingga berlaku pencerobohan oleh musuh PAS dan Pakatan Rakyat kepada Iklan PAS itu dalam kejadian malam semalam.



Namun begitu, di sebalik kemeriahan kibaran bendera dan kehangatan perang poster yang memenuhi ruang sekitar Bukit Gantang ini,tiada satu pun papan tanda mahupun poster yang memaparkan gambar Pak Lah sebagai penyeri iklan BN.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pak Lah sememangnya telah dilupakan dan dipinggirkan waima sebelum beliau melepaskan jawatannya secara rasmi sebagai Perdana Menteri kepada Najib.

Hal ini dibuktikan juga semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang lalu di mana lebih banyak gambar Najib yang ditonjolkan sebagai pelakon utama BN di samping gambar calon mereka dan bukannya gambar Pak Lah yang masih merupakan Perdana Menteri ketika itu.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah pun mengesahkan hasratnya untuk kembali menyertai UMNO dijadual akan turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian dalam sesi menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.

Bagaimana pula dengan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi? Adakah beliau tidak dipelawa atau sudah tidak berminat untuk membantu menjayakan kempen calon BN? Adakah penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja telah cukup untuk memberikan kekuatan baru kepada BN serta semangat baru kepada para penyokong UMNO?

Justeru, Pak Lah bakal dipandang sepi, dipinggirkan bahkan dilihat sebagai tidak relevan untuk menyumbang kepada perjalanan parti BN seterusnya.

 

ALBUM