PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Mengapa sekarang? PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Ahad, 05 April 2009 00:06
BUKIT GANTANG - 5 April : Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abd Samad menyelar sikap berpura-pura UMNO yang menggunakan slogan Mohon Restu Rakyat. Mengapa sekarang baru meminta restu rakyat sedangkan semasa rampasan kuasa yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Perak, suara rakyat dikesampingkan.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat agar memilih pemimpin yang benar-benar dapat memperjuangkan hak rakyat dan menyampaikan suara rakyat ke Parlimen. Bukannya pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan setuju sahaja dengan semua keputusan kerajaan.

Beliau turut menyentuh tentang isu air di Selangor. Kerajaan Selangor mahu membeli Syabas supaya tarif air dapat diturunkan. Namun begitu, kerajaan pusat tidak bersetuju dan tetap mahu menaikkan tarif air. Apakah selama ini syabas mendapat untung yang sedikit sedangkan gaji pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail yang mencecah sehingga melebihi RM400,000 sebulan.

Beliau yang mengenali Nizar secara peribadi semenjak mereka sama-sama menuntut di UK. Nizar diakuinya sebagai seorang yang sangat baik selain sentiasa mengamalkan amalan sunat seperti solat tahajud, sunat dan dhuha setiap hari.
Terakhir dikemaskini pada Ahad, 05 April 2009 00:16
 

ALBUM