PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Mohon Derhaka - Cara Paling Sopan & Lembut PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 04 April 2009 23:17

BUKIT GANTANG, 5 April - Sukan untuk semua! Semua golongan termasuk kanak-kanak dan ibu bapa pelbagai kaum begitu teruja menyertai permainan rakyat yang dianjurkan jentera pilihanraya PAS.


Program yang berlangsung semalam dimulakan di Taman Simpang sebelah paginya diikuti Kampung Tengah pada sebelah petangnya turut dihadiri oleh calon PRK N059, Hj Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam ucapan sempena kempennya, Ir Nizar menyeru orang ramai agar tidak terpedaya dengan omongan BN, khasnya UMNO dalam banyak hal. Menyentuh mengenai isu mohon derhaka kepada Sultan Perak pada Februari lepas, Nizar menerangkan bahawa itu adalah bahasa paling sopan dan lembut dalam menyatakan bantahan kepada Sultan.

Sebagai orang Melayu yang menyanjung adat, bantahan terhadap pengambil-alihan kuasa secara haram oleh BN dibawa kepada Sultan memandangkan hanya dengan kuasa Sultan pembubaran ketiga-tiga DUN tersebut dapat diteruskan. Ini seterusnya membolehkan pilihanraya baru diadakan bagi sekali lagi mengutip suara rakyat terhadap pemimpin yang mereka kehendaki.

Tinjauan di sekitar parlimen Bukit Gantang mendapati billboard dengan keratan gergasi Utusan Malaysia tentang permohonan derhaka Nizar menjadi bahan kempen BN bagi memburukkan Hj Nizar walaupun isu itu masih dibicarakan di mahkamah.

 

ALBUM