PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
KIBARAN BENDERA PAS DI KG.SETIA SETELAH 50 TAHUN BERLALU PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 04 April 2009 22:45
KG. SETIA, 5 April : “Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi Kg.Setia kerana inilah kali pertama bendera PAS dikibarkan setelah 50 tahun berlalu”, kata Imam Kg. Setia, Ustaz Ulul Azmi ketika aktiviti kempen YB Dato’ Seri Ir.Nizar Jamaluddin ke Kg.Setia semalam.

Majlis yang dianjurkan oleh UPU Air Puteh telah dihadiri seramai lebih kurang 70 orang termasuk kaum India dan Cina.

En Malipan selaku wakil Kelab Penyokong PAS antara yang hadir dan turut memberikan ucapan dengan meminta rakyat Kg. Setia agar mengundi PAS.

Turut berucap ialah Ustaz Yusuff Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau menyatakan perjuangan PAS bukan hanya untuk orang Melayu sahaja, sebaliknya adalah untuk semua kaum.

Ini bertepatan dengan kehendak Islam. Dalam Islam, tidak kira apa jua bangsa, yang susah tetap dibantu. Sekiranya ada yang tidak betul, perkara itu akan diperbetulkan melalui perbincangan.

Pada jam 11.10 pagi, Menteri Besar Perak yang sah tiba di perkarangan rumah En Yusuf yang merupakan tuan rumah di mana majlis berlangsung.

Dalam majlis tersebut, setiausaha politik beliau, iaitu Ust. Misbahul Munir turut memberikan ucapan.

"Sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak, Menteri Besar Perak tidak dapat memberikan penerangan yang sebenar tentang pentadbiran Perak selama beliau menerajui kepimpinan Perak, termasuk tidak pernah diberi peluang untuk ke udara dalam Perak FM".

"Ini membuatkan rakyat tidak dapat maklumat yang sebenar dan keadaan tersebut telah memberikan peluang kepada pihak UMNO memutar belitkan maklumat dan membuat fitnah terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak. Ini termasuklah soal pemberian tanah".

Ketika ucapan Dato’Seri Nizar, beliau memulakan ucapannya dengan membaca ayat al-Quran yang bermaksud “ Jangan kamu cenderung kepada kezaliman, kelak kamu akan disambar oleh api neraka”.

Antara isu yang diterangkan ialah tentang pemberian tanah di Kg. Baru yang didakwa oleh BN bahawa kerajaan Perak telah memberikan tanah kepada orang Cina dan dikatakan menjadi boneka DAP.

Beliau menerangkan bahawa tanah tersebut adalah tanah yang selayaknya dimiliki oleh penduduk di kampung tersebut kerana mereka telah mendiaminya lebih daripada dua generasi.

Beliau membidas pemerintahan kerajaan Barisan yang menggadaikan tanah rizab Melayu kepada taukeh-taukeh Cina yang kaya-raya selama 50 tahun pemerintahan mereka, sedangkan rakyat tetap terhimpit dengan kemiskinan.

Beliau turut menyentuh tentang isu MB Perak dengan menyatakan bahawa keputusan Mahkmah Tinggi telah menyebelahi beliau dengan mengenepikan isu sembah derhaka dan isu ini hanyalah antara beliau dan Zamry tanpa melibatkan Sultan Perak.
 

ALBUM