PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Najib raih simpati PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 04 April 2009 11:18
BUKIT GANTANG - 4 April : Tindakan drastik dan mengejutkan daripada Perdana Menteri Ke 6 yang mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, perlaksaan kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) di samping mengembalikan hak penerbitan akhbar terbitan PAS dan PKR mungkin di sambut dengan senyum gembira dan kesyukuran daripada pelbagai pihak.

Namun begitu, tidak kurang juga yang menyambutnya dengan sinis dan senyum sumbing. Jelas, ini merupakan agenda meraih simpati murahan daripada rakyat marhean yang sudah tidak lagi menerima kehadiran UMNO-BN. Ia juga bagi memujuk hati pengundi yang yang bakal keluar mengundi di tiga lokasi yang berbeza pada 7 April ini.

Tindakan yang diumumkan sejurus selepas dilantik sebagai Perdana Menteri secara rasminya malam tadi mengejutkan banyak pihak malah dianggap sebagai gimik politik oleh sesetengah pihak di kala kekusutan meraih undi daripada pengundi. Malah ia juga disifatkan sebagai taktik mudah bagi membersihkan diri daripada tohmahan kejam dan diktator yang dilaungkan oleh orang ramai serta para pemerhati dari luar Malaysia terhadapnya.

Ketua Pemuda PAS Pusat Sallahuddin Ayob berkata langkah menarik balik larangan itu dilihat sebagai mengembalikan hak kepada yang sememangnya layak diberikan sebelum ini serta ia sememangnya wajar dilakukan oleh Najib yang baru memegang jawatan itu.

Memetik kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dari Harakah Daily, beliau berkata ,"Rakyat harus sedar lazimnya, sikap sedemikian merupakan lumrah untuk mencari kelainan terhadap kepimpinan lepas selain ingin menarik perhatian umum untuk berbaik dengan rakyat sesuai dengan slogan baru 'Bersatu Untuk Semua'".

Justeru,rakyat terutamanya para pengundi dalam pilihan raya kecil kali ini diingatkan agar tidak termakan janji manis mahupun terpedaya dengan muslihat Najib yang berjanji untuk membuat perubahan tersebut.
Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat menyambut baik usaha murni melalui tiga tindakan pertama Najib itu selagi ianya dilaksanakan secara jujur dan ikhlas.
 

ALBUM