PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Tiada serangan peribadi-PAS PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 04 April 2009 09:00

BUKIT GANTANG, 4 April : PAS tidak akan melancarkan serangan peribadi terhadap calon lawan kerana ini adalah pertandingan antara parti. PAS kesal dengan tindakan UMNO-BN yang menyerang peribadi calon PAS, YB Dato' Seri Ir Nizar.


Antara serangan yang dilakukan terhadap calon PAS itu ialah menuduh MB sebagai penderhaka dan boneka kepada DAP. Serangan ini adalah merupakan tindakan terdesak BN terutama di saat-saat akhir menghadapi kesukaran mendapatkan undi penduduk tempatan. Daripada tinjauan pihak kami, beberapa billboard dan poster di pasang di seluruh kawasan mengundi bagi memburukkan Hj Nizar walaupun isu itu sedang dibicarakan di mahkamah.

Ini menunjukkan sikap UMNO tetap sama walaupun pucuk pimpinan mereka telah berubah. "Mereka tidak menghiraukan seruan Najib yang meminta ahlinya berubah dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. UMNO dulu, kini dan selamanya tidak akan berubah," ujar Dato' Mustafa Ali dengan nada kesal.

Menurutnya PAS tidak sedikit pun berasa tertekan dengan perlantikan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Ini kerana perubahan itu bukan ke arah yang lebih baik, tetapi sebaliknya.

 

Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 04 April 2009 11:14
 

ALBUM