PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
BN melampau: tampal sticker dacing atas banner PAS PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 04 April 2009 03:25
SIMPANG, 4 April - Kehangatan bahang pilihanraya kian terasa apabila timbul satu insiden ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Simpang pagi tadi. Peristiwa itu mula berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi apabila petugas BN menampal lambang dacing(logo BN) pada poster dan kain rentang calon PAS.


Ketika menjalankan tinjauan di sekitar kawasan pilihan raya, krew web prk059 melihat ramai orang berkumpul di kawasan simpang empat berdekatan lampu isyarat. Kelihatan ramai orang memakai baju berlambang bulan (PAS) dan kira-kira lima orang anak-anak muda memakai baju lambang dacing(BN).


Kami bergegas ke tempat kejadian dan bertanya kepada salah seorang petugas PAS di situ. Mengikut apa yang diberitahu, petugas-petugas BN telah bertindak kurang ajar apabila menampal lambang dacing di atas lambang PAS. Selain itu, poster Zambry cuba di dilekatkan di atas poster Nizar.


Krew kami terus mengambil semua gambar, keadaan banner dan poster yang telah dilekatkan dengan pelekat dacing tersebut.



Kira-kira 15 minit kemudian petugas BN sudah tidak kelihatan dan yang tinggal hanya petugas dan penyokong PAS yang semakin bertambah ramai sehingga mencecah 50 orang. Polis telah dihubungi untuk datang bagi menyelesaikan perkara tersebut
.


Kira-kira jam 2.30 pagi, polis tiba dan terus berbincang dengan petugas PAS yang mula-mula menyaksikan kejadian tersebut. Petugas PAS membawa polis itu untuk melihat sendiri banner dan poster yang telah ditampal lambang dacing dan poster Zambry. Seterusnya polis tersebut menghubungi ketuanya bagi mengesahkan kejadian itu.


Para petugas BN cuba menggesa polis untuk bertindak segera kerana kejadian tersebut merupakan salah satu daripada kesalahan menurut peraturan pilihan raya. Walau bagaimanapun polis meminta supaya penyokong dan petugas PAS bersabar dan memanggil seorang wakil BN untuk menyelesaikan masalahi.


Setengah jam kemudian, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS, Asmuni Awi, tiba dan meminta petugas PAS yang melihat kejadian tersebut membuat laporan polis. Pada ketika itu, wakil BN masih belum tiba sementara penyokong PAS tetap berada di situ.


Kami juga berjaya mengesan beberapa keping stiker BN yang berjaya ditanggalkan secara senyap-senyap oleh penyokong BN semasa ketiadaan penyokong-penyokong PAS yang bertugas mengawal kawasan tersebut. Ini kerana pada peringkat awal didapati bahawa terdapat banyak poster dan kain rentang calon PAS yang ditampal dengan stiker BN sekitar simpang empat menuju ke bandar Taiping.
Pihak polis semakin bertambah bagi mengawal keadaan di situ dan kami terpaksa bergegas balik semula ke Markaz atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 04 April 2009 08:06
 

ALBUM