PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA

INFO P059

Najib dan Altantuya di Korea PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 04 April 2009 00:51


BUKIT GANTANG, 4 April : Peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Badawi kepada Mohd Najib Tun Razak dengan harapan menambahkan keyakinan orang ramai terhadap UMNO dan BN, namun begitu ia disambut dengna cemuhan oleh orang ramai.

Situasi ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah menular ke negara luar juga. Akhbar Korea Times iaitu sebuah akhbar di talian telah menyiarkan gambar kartun Najib yang terus dihantui oleh seorang wanita bernama Altantuya.

Kartun yang bertajuk 'Najib Razak and the Ghost of Altantuya' itu cukup memalukan seorang yang bakal bergelar Perdana Menteri. Jika Abdullah naik ke kerusi Perdana Menteri dengan gelaran 'Mr clean' dan turun dengan gelaran Bapa Interiti, namun situasi Najib cukup malu kerana telah dipalit dengan pelbagai tuduhan yang cukup berat.

Walaupun telah bersumpah tiada kaitan dengan wanita bernama Altantuya, ianya masih terus diperkatakan kerana beliau enggan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menuduhnya jika beliau betul-betul tidak bersalah seperti dilakukan oleh pihak lain jika merasakan diri mereka difitnah.

Sepanjang tempoh kempen di Bukit Gantang ini, kelibat Najib masih belum kelihatan lagi bagi membantu kempen calon BN walaupun beliau adalah Pengerusi BN Perak sendiri. Kemungkinan Najib takut dengan bayang-bayang Altantuya yang sedang mengamuk di Bukit Gantang ini dan juga amukan pengundi yang terkilan dengan rampasan kuasa daripada kerajaan negeri yang sah.

 

ALBUM