PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
GILA GLAMOUR! PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 04 April 2009 00:25
PUTRAJAYA, 3 April : Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, disifatkan sebagai 'gila glamour' walaupun telah menyerahkan jawatan rasmi beliau kepada Timbalan Perdana Menteri semalam. Laporan daripada akhbar Utusan Malaysia bahawa tindakan beliau yang ingin mendapatkan liputan media di forum-forum tertentu secara tidak langsung mengiyakan tanggapan tersebut.

Petikan akhbar tersebut adalah seperti berikut:

Mengakhiri perbualan, Abdullah sempat bertanya kepada kami adakah mungkin kehadirannya di forum-forum tertentu
selepas ini nanti akan mendapat liputan seperti mana dikecapinya semasa mengetuai pentadbiran negara:

Pertanyaan Abdullah spontan dijawab kami: ''Sudah tentu."

Penyakit Al-Wahan

Nabi SAW ada bersabda di dalam hadithnya berkaitan dengan penyakit cintakan dunia dan takutkan mati ini. Hadith Baginda SAW ini adalah satu peringatan buat umat Islam supaya berhati-hati dengan wabak yang menyerang, melemahkan seterusnya merosakkan umat Islam sejagat.

“Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat:

“Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Apakah dia al-wahan?” Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.
Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 04 April 2009 01:31
 

ALBUM