PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Setelah lebih 55 tahun, akhirnya Pak Lang memilih PAS PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Jumaat, 03 April 2009 20:54

CHANGKAT JERING, 4 April - Setelah lebih 55 tahun Pak Lang (gambar di atas) mengundi UMNO akhirnya beliau bertekad untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang kali ini. Beliau sudah serik untuk mengundi UMNO kerana tidak mendapat bantuan walaupun telah memohon berkali-kali sejak lebih 55 tahun yang lepas.


Ir Nizar Jamaluddin sempat menjenguk beliau dan keluarga dirumahnya petang tadi. Mereka sangat gembira dengan kehadiran calon PAS dan Pakatan Rakyat bersama rombongan. Nizar juga melayan Pak Lang dengan penuh keramahan.

Pak Lang menceritakan bagaimana suatu ketika dulu (pemerintahan UMNO sebelum Pakatan Rakyat memerintah) dia pernah meminta dengan ketua kampung agar membaiki rumahnya yang hanya di bina dengan atap rumbia dan kayu berlian. Walaubagaimanapun beliau tidak mendapat bantuan mahupun sokongan daripada ketua kampung. Akhirnya beliau terpaksa menggunakan titik peluh sendiri untuk memperbaiki rumahnya.

Selain itu, Pak Lang juga berjanji dia, isteri dan dua orang anaknya akan mengundi Ir Nizar dalam pilihan raya kali ini, kerana serik dengan BN yang hanya mementingkan diri dan tidak mengambil peduli nasib rakyat.

Nizar berjanji jika Allah memberikan kemenangan kepadanya, beliau akan berusaha membantu Pak Lang dan para penduduk di Parlimen Bukit Gantang yang rata-ratanya adalah orang miskin.

 Petang semalam, Nizar juga sempat menziarahi seorang lagi warga emas, Pakcik Mahyudin bersama-sama dengan isterinya di Kampung Senduk Hulu. Pakcik Mahyudin merupakan iam di surau Kampung Senduk Hulu. Beliau berjumpa dengan Pakcik Mahyudin selepas menghadiri dialog bersama masyarakat Kampung Senduk hulu.

Nizar juga melawat dan memeriksa kesihatan di pusat pemeriksaan kesihatan percuma yang di uruskan oleh ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lolo Mohd Ghazali. Selain itu, beliau melawat khemah pusat Unit Amal Malaysia dan Pos Pemuda Kg Kuala Bukit, Dun Kuala Sepetang.

 

ALBUM