PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Bagaimana masa depan Malaysia di bawah Najib? - Mustafa PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Jumaat, 03 April 2009 11:16

BUKIT GANTANG, 3 April : PAS menyifatkan perlantikan Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Najib Razak sebagai sebuah masa depan yang masih belum pasti.


Sambil membuat perbandingan dengan dua PM sebelum ini, Pengarah Jabatan Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata Najib memulakan rekod perkhidmatan beliau sebagai orang nombor satu negara dengan menyekat kebebasan akhbar yang sebelum ini dibuka oleh Abdullah.


"Kita lihat dalam sejarah sebelum ini, Tun Mahathir mengurangkan kekerapan penerbitan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, kemudian Dato' Seri Abdullah pula mengembalikannya.

"Tetapi Najib, belumpun mengangkat sumpah telah bertindak menggantung penerbitan Harakah selama tiga bulan," katanya pada satu sidang media di Markaz PAS Bukit Gantang, Air Kuning, pagi ini.

Justeru ujarnya, tidak hairanlah jika ada yang menggelarkan Abdullah sebagai 'father of freedom'.

Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu melahirkan kekesalan terhadap tindakan pihak berkuasa yang merampas 1,000 naskhah akhbar Hujah yang baru tiba di Pulau Pinang.

"Saya dimaklumkan bahawa akhbar Hujah dirampas sebaik tiba di Pulau Pinang pagi ini," katanya.

Walau bagaimanapun beliau berkata ianya tidak adil buat Najib untuk dinilai dalam tempoh sehari selepas dilantik sebagai PM.

 

ALBUM