PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Siapa yang main kotor? - Mustafa PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Jumaat, 03 April 2009 06:19

BUKIT GANTANG, 3 April : PAS menafikan tuduhan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhydin Yasin semalam yang mengaitkan pembangkang dengan sebaran risalah palsu dengan menggunakan surat mempunyai letterhead Umno.


Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata pihaknya menafikan dakwaan tersebut setelah Muhyidin menuduh pembangkang yakni PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang sebagai main kotor.



"Saya menafikan tuduhan tersebut, kerana hal seperti ini pernah terjadi dan seperti yang kita maklum Umno di kawasan bukit Gantang ini pun berpecah sekarang kerana tidak setuju dengan calon yang dilantik," ujarnya pada sidang media yang diadakan di Markaz Induk PAS, Air Kuning hari ini.

 

Menurutnya, jika keadaan demikian berlaku di peringkat dalaman Umno-BN, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa risalah tersebut merupakan satu tindakan sabotaj sesama sendiri.

 

"Ianya tiada kaitan dengan pihak PAS atau Pakatan Rakyat, mungkin ianya kerja sabotaj orang dalam sesama mereka sendiri,"

 

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kepada media bahawa kira-kira 1,000 naskhah akhbar Hujah dirampas oleh pihak berkuasa setelah tiba di Pulau Pinang pagi tadi.

"Tiada alasan yang diberikan tetapi apa yang saya maklum, ianya dirampas," katanya lagi.


Ditanya mengenai insiden calon PAS, Dato' Seri Nizar Jamaludin yang dikatakan menggangu majlis penyempurnaan jenazah Ketua Umno Cawangan semalam, beliau menafikan khabar tersebut.



"Saya tidak ada maklumat yang terperinci, tetapi kita tidak akan melakukan sedemikian," ujarnya.


Pihaknya yakin bahawa ianya adalah satu khabar angin yang tidak berasas sebagaimana yang berlaku dalam isu tuduhan dilemparkan ke atas Nizar kononnya merampas pembesar suara ketika solat Maghrib di Masjid Simpang baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai peratus sokongan pengundi Melayu ke atas Pakatan Rakyat, Mustafa berkata PAS sedang berusaha untuk merapatkan kedudukan peratus sokongan tersebut sebagaimana yang diperolehi pihak BN sekarang ini.


Bagi pengundi bukan Melayu pula, pihaknya optimis mendahului lawan.

Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 03 April 2009 06:42
 

ALBUM