PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
BN DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA KORAP!! PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Jumaat, 03 April 2009 05:17

SIMPANG, 3 April : Kehadiran Y.B. Gan Pei Ne (ADUN Rawang) ke ceramah di Karnival Simpang baru-baru ini telah berjaya memberikan semangat kepada hadirin dengan membawa dan menjelaskan isu-isu semasa khususnya isu dari Selangor.



Beliau menjelaskan bahawa isu pembelian lembu sebanyak 46 ekor dan kereta peribadi yang mengaitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, adalah tidak benar sama sekali. Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mereka mempunyai bukti dan keterangan yang kukuh terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyalahgunakan wang Kerajaan Negeri bagi penyelenggaraan kereta peribadi dan pembelian 46 ekor lembu.

Y.B. Gan menerangkan bahawa 46 ekor lembu tersebut untuk disedekahkan kepada masjid-masjid dan surau-surau sebelum Hari Raya Haji manakala penggunaan kereta peribadi beliau untuk kegunaan rasmi adalah tidak salah.

"Salahkah kita menggunakan kereta peribadi untuk urusan rasmi?"

"Sekarang kita dapat lihat di tepi-tepi jalan banyak poster BN dan salah satunya bertulis 'Mohon Restu Rakyat'. Kenapa semasa menaikkan harga minyak, menaikkan harga barang dan tol tidak meminta restu dari rakyat? Baru sekarang jumpa dengan rakyat dan mohon restu rakyat"

"Kalau kita tengok di tepi-tepi jalan, kadang-kadang kita keliru siapa sebenarnya yang bertanding kerana kebanyakan poster yang ditampal adalah bukan poster calon yang bertanding"

"Ismail Saffian turun berkempen berjumpa dengan pengundi sehingga memegang kedua kaki pengundi tersebut seolah-olah ingin menyembah supaya memberikan sokongan kepada beliau. Sampai begitu sekali rayu undi yang dilakukan. Ini meyakinkan bahawa BN sebenarnya memang sudah amat terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat"

Y.B. Gan Pei Ne turut mendedahkan kes makan duit rakyat yang melibatkan bekas Menteri Besar, Khir Toyo. Khir Toyo membelanjakan RM 1 juta duit rakyat untuk pergi makan angin bersama keluarga ke Disneyland.


Selain itu, beliau dilaporkan telah membeli sebanyak 12 unit apartment di Mekah atas nama persendirian (bukan atas nama Kerajaan Negeri) dan apabila ditanya, beliau menyatakan bahawa beliau terlupa dan akan menukar semula nama tersebut.


Jelaslah ini semua hanya helah semata-mata untuk menutup kesalahan diri sendiri.

 

ALBUM