PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Demokrasi apa kalau semua sekat - Dr Hatta PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Jumaat, 03 April 2009 03:50
TRONG, 3 April : "Demokrasi apa kalau semuanya disekat," kata YB Dr Hatta Ramli dalam ucapannya di DUN Trong semalam. Pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada kali ini merupakan satu pungutan suara rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) menyatakan bahawa rakyat sudah tidak menerima dengan tampuk kepimpinan BN.

Pelbagai isu pihak BN mainkan. Antaranya Isu masjid yang dimainkan oleh pihak UMNO-BN bahawa Nizar menggunakan masjid untuk tujuan berpolitik, kata YB Dr Hatta Ramli;

"Tahu kah tuan-tuan sekalian, mengapa tiga pimpinan UMNO-BN itu berada di masjid berkenaan pada malam tersebut? Mereka hendak menunaikan solat hajat bagi memenangkan BN. Merekalah bertujuan untuk berpolitik sebenarnya".

Nizar dijemput oleh imam masjid berkenaan atas tujuan mengimamkan solat maghrib dan bacaan yasin. Selesai solat, imam masjid tersebut menyerahkan mickrophone kepada Nizar untuk memberi tazkirah maghrib.

Tetapi sebaliknya pimpinan BN yang hadir itu memutarbelitkan keadaan sebenar dengan menyatakan bahawa Nizar merampas mickrophone berkenaan atas tujuan untuk menyampaikan ceramah politik.

Menyentuh isu derhaka kepada sultan, Dr Hatta mempersoalkan, apakah pihak istana pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana murka kepada Nizar?

Sama sekali hingga ke hari ini pihak istana tidak pernah membuat kenyataan bahawa Nizar derhaka kepada sultan sebaliknya pihak BN yang menggembar gemburkan hal ini untuk memecah belahkan orang Melayu.

Dr Hatta menambah bahawa Nizar merupakan pimpinan yang cukup baik dan berakhlak mulia. Ini sendiri diakui oleh pihak istana semasa pimpinan PAS bersama Presiden PAS membuat kunjungan menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Azlan Shah.

" Raja Muda sendiri memberitahu bahawa Menteri Besar Perak ini (Nizar) adalah seorang yang cukup hebat. Pemerintahan beliau amat memuaskan dan tiada masalah yang dibangkitkan," kata Dr Hatta hinggakan Nizar dikurniakan gelaran Dato' Seri hanya beberapa bulan beliau menjadi Menteri Besar di Perak.Ini menunjukkan bahawa pihak istana cukup berpuas hati terhadap Nizar dalam mentadbir negeri Perak.

Tetapi malangnya, tergamak pihak BN menyuruh raja menarik balik gelaran Dato' Seri terhadap Nizar.

Pilihanraya kali ini merupakan satu pungutan suara rakyat terhadap BN atas apa yang telah berlaku di Perak. Oleh sebab itulah BN telah menggunakan salahkuasa mereka dengan menyekat mana-mana kaedah yang boleh rakyat mendapat maklumat yang sebenar.

Antaranya mereka telah menghalang supaya isu Altantuya tidak disebut dimana-mana ceramah.

Mengapa benda ini terjadi sedangkan kes ini merupakan kes yang begitu besar yang melibatkan masa depan negara kerana ianya telah melibatkan Perdana Menteri Malaysia (hari ini mengangkat sumpah).

Dr Hatta berharap supaya yang terlibat itu membersihkan namanya dan menyaman surat khabar luar negara terbabit sekiranya beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Menjadi isu, mengapa pihak yang dikatakan terlibat dengan kes Altantuya itu tidak menyaman surat khabar berkenaan? Dan mengapa hanya menekan kes Altantuya sahaja tidak boleh disebut di dalam ceramah-ceramah?

Dan menjadi persoalan lagi, apabila timbulnya perkara ini dan negara asing yang melaporkan bahawa Najib disyaki telibat dengan kes Altantuya, mengapa tiada kajian dibuat terhadap Najib? Sedangkan perkara ini melibatkan antarabangsa kerana berkait dengan negara asing.

Ketahuilah bahawa perkara ini begitu penting untuk rakyat ketahui perkara sebenar supaya pentadbiran negara lebih baik untuk masa akan datang dan ianya tidak perlu disekat. Rakyat mahukan penjelasan sekiranya timbul persoalan.
 

ALBUM