PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
UMNO memutarbelitkan isu PDF Cetak emel
Ditulis oleh dunyafana   
Jumaat, 03 April 2009 01:57
Islam tidak pernah mengajak umatnya supaya memaksa orang kafir supaya memeluk Islam, bahkan Islam adalah agama yang mempunyai toleransi yang kuat. Begitu pula dengan PAS sebuah Parti Islam yang sekian lama tertubuh tidak pernah bersikap untuk meleraikan prinsip-prinsip Pas yang difahami oleh kebanyakkan penyokong Pas. Pas bukan saja parti politik yang berteraskan siasah Islam, namun ianya adalah parti yang sangat menitik beratkan soal akidah serta hukum-hukum Islam.

Isu berkaitan IFC atau nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama, akibat desakan penganut agama lain.

Permasalahan yang menyentuh senstiviti umat Islam mengenai pertubuhan IFC sudah lama dibincangkan oleh media utama PAS iaitu Harakah semenjak pertama kali isu ini dibangkitkan. Umat Islam sedar antara tuntutan IFC adalah berkenaan dengan pelaksanaan syariah, penggunaan kalimah Allah bagi orang Kristian dan peruntukan tapak rumah-rumah ibadah,dasar pendidikan kerajaan dan lain-lain lagi.

Pada hari ini, Umno telah cuba membangkitkan isu ini untuk meraih undi dan memutar-belitkan prinsip-prinsip PAS dalam PRK059 di sini dan melagakan antara DAP dan PAS. Padahal DAP telah dahulu memahami prinsip PAS sekalipun dalam masalah perlaksanaan Hudud berbanding UMNO. Lim Guang Eng sendiri lebih memahami cara pemerintahan Umar Abdul Aziz berbanding Umno sendiri. Kerana beliau diberi akal untuk menbezakan antara cara pemerintahan yang adil dan cara pemerintahan yang zalim sekalipun beliau non-Muslim.

Masyarakat bukan Muslim juga sedar selama pemerintahan PAS di Kelantan, tidak ada satu pun rumah-rumah ibadah mereka diruntuhkan oleh kerajaan Kelantan,mereka bebas melaksanakan tuntutan agama mereka tanpa sempadan.Tidak seperti UMNO yang sanggup meranapkan rumah Allah demi pembanggunan negara dan kepentingan mereka.

Isu agama tidak sepatutnya menjadi modal kepada penyokong Bn untuk meraih undi,justeru selama pemeritahan Bn,ramai muda-mudi hanyut dengan arus dunia disebabkan sistem pendidikan yang lemah apatah lagi dalam kes-kes murtad, gejala sosial, bebanan pinjaman PTPTN yang berkonsepkan bayaran riba kepada mahasiswa, isu rasuah, pembunuhan Altatuya dan banyak lagi.

Dasar Islam Hadhari, tidak sedikit pun membawa angin perubahan kepada umat Islam di Malaysia, bahkan masyarakat kita masih ditahap yang sama. Malah banyak mengelirukan umat Islam seolah-olah timbul agama baru.
Terakhir dikemaskini pada Ahad, 05 April 2009 04:43
 

ALBUM