PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Dimanakah keadilan? - Nizar PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Khamis, 02 April 2009 10:40
BUKIT GANTANG, 2 April : Calon PAS kecewa dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memendekkan waktu ceramah dari pukul 12 malam kepada 11 malam.Tindakan itu adalah sebagai usaha menyekat rakyat mendapat maklumat sebenar setelah Harakah dan Suara KeADILan di gantung Mac lalu.

"Pakatan Rakyat biasanya buat program selepas isyak iaitu jam 9.30 malam. Jadi sekiranya mereka sekat sehingga pukul 11 malam sahaja ini adalah tidak adil," ucap beliau ketika ditemuramah oleh TV PAS beberapa hari yang lepas.

Pakatan Rakyat juga merayu kepada SPR supaya membenarkan ceramah dibuat sehingga pukul 12 malam. Ditambah pula pada waktu ini merupakan musim pilihanraya kecil dan ianya adalah tidak wajar di sekat kerana menyekat rakyat mendapat maklumat yang tepat.

Tambah beliau lagi, ia merupakan satu tidak keadilan kepada Pakatan Rakyat kerana memberi masa yang sedikit untuk berucapan di musim pilihanraya terutama waktu berkempen.

"Sudahlah Harakah dan Suara KeADILan di gantung, jadi dimanakah keadilan?", tegasnya lagi.

Beliau sebagai calon berhak berkempen bertemu rakyat tanpa ada sekatan.

Menjadi persoalan juga mengapa kedai yang memasang karoeke boleh dibuka hingga lewat malam, ditambah pula dengan bunyi bising, sedangkan ceramah yang menyatakan kebenaran kepada rakyat disekat masanya.

Beliau berharap pihak SPR ada sifat budi bicara dan bertahan hingga pukul 12 malam dan tidak perlu takut kerana ia merupakan hak rakyat. Hak untuk berkumpul, hak untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.
 

ALBUM