PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Temuramah bersama calon PAS - eksklusif isu-isu semasa PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Khamis, 02 April 2009 04:32

Temuramah wartawan web prk059, Fadhilah Mansor bersama Khadijah Abdullah bersama calon PAS, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin sehari selepas Majlis penamaan calon baru-baru ini di Markaz Induk PAS, Air Kuning.


S : Dari sambutan para penyokong dari pelbagai kaum dari pakatan rakyatianya menunjukkan seolah-olah itu petanda baik bagi kemenangan pakatan rakyat,bagaimana Dato Seri melihat bahawa ianya adalah satu faktor yang boleh menuju kepada kemenangan pakatan rakyat?

J : Saya melihat suasana semalan itu adalah suasana yang berlaku di Taiping semalam merupakan satu model dan format yang ditujukan oleh rakyat bahawa ini adalah cerminan menifestasi kepada pembubaran dewan Undangan negeri Perak.

Apa yang kita lihat semalam sokongan kepada Pakatan rakyat khususnya kepada PAS dari segenap lapisan masyarakat dari seluruh negara,hampir 40 atau 45 ribu orang yang turun memberi sokongn,dan ini bukan satu jumlah yang kecil,tidak pernah ada dalam perhimpunan pilihan raya yang kecil yang begitu meluap-luap orang ramai datang.

Itulah hakikatnya apa yang nak kita perolehi daripada perkenan Tuanku yang dinafikan oleh Umno dari pintu belakang.Apa yang ditujukkan pada hari penamaan calon itu untk membubarkan dewan undangan negeri,ia ibenarkan dari segi usul bagi memohon untuk mendapat perkenan dari tuanku adalah dengan adanya perhimpunan rakyat dengn jumlah bilngan yang besar daripada masyarakat.

Saya juga melihat perhimpunan semalam sebagai satu signal kepada Najib Tun Razak dan kepada BN bahawa masyarkat mahu berubah dari sentimen politik perkauman,sentimen politk rasuah,politik kekejamanan dan kezaliman,politik kedhaifan,politik tuduh-menuduh,politik tidak menghormati undang-undang.

Ini adalah simbolik dan signal kepada Umno-BN bahawa seluruh masyarakat telah terbuka walaupun kesan daripada masyarakat pada Pilihan raya ke-12 2008,adalah satu kesan yang menunjukkan orang Perak mahu berubah,tapi di Bukit Gantang ini merupakan tapak yang menunjukkan sikap dan niat ke arah kemahuan untuk berubah itu sendiri.

Kemuncak dari perhimpunan semalam menunjukkan bahawa kami mahu berubah kepada keadilan dan keamanan,penghormatan antara kaum,mesra-bermesra antara kaum lain.

Kami tidak mahu demokrasi ini dimain-mainkan,kami tidak mahu berselindung di belakang istana,kami nak negara hari ini membawa keadilan yang tulen,mahukan kesaksamaan,pimpinan yang amanah dan mahukan pengurusan sikap yang telus yang tidak ada elemen-elemen diskriminasi di dalam
mendasari apa-apa enekmen kerajaan itu sendiri.

Itulah gambaran sepenuhnya yang kita lihat di Taiping pada hari penamaan,saya tidak tahu berapa jumlah penyokong BN dan Umno yang datang,tapi saya sedar dengan jumlah besar penyokong Pas yang hadir semalam cukup memberikan tekanan kepada mereka.

Apatah lagi dengan kehadiran masyarakat yang berbilang kaum semalam. belum pernah mana-mana hari penamaan calon dari pakatan rakyat yang begitu ramai pimpinan tertinggi di peringkat pakatan rakyat yang hadir,pimpinan tertinggi dari DAP,Pas juga hadir semalam.

Ini merupakan satu sokongan dan gabungan jitu dari pakatan rakyat,dan belum pernah ada pilihan raya kecil yang besar di peringkat parlimen yang tidak dihadiri oleh Najib Tun razak.

Najib tidak hadir semalam,untuk ia menunjukkan ada perbezaan antara pimpinan pakatan rkyat yang keseluruhan pimpinan tertinggi ada. Sewajarnya najib Tun Razak dalam pilihan raya perlimen beliau hadir,lebih-lebih lagi Najib baru sahaja memegang jawatan Pengerusi perhubungan Umno BN perak.

Ketidak hadiran beliau semalam memberikan satu tanggapan negatif dan kekuatan bagi negeri Perak.Secara imbasan yang dicerminkan pada hari penamaan semalam. Satu mini tuntutan pembubaran dewan undangan negeri Perak

S : Ramai yang melihat dan menyebut-nyebut bahawasanya Dato' Seri sangat popular di kalangan masyarakat bukan melayu khususnya masyarakat bukan Melayu dibukit gantang ini.Tapi ada juga menunjukkan kerisauan terhadap undi masyarakat melayu di sini masih lagi tidak berubah. Bagaimana nak menangani undi-undi masyarakat melayu ini?


J : Ada kemungkinan sekiranya mereka memainkan isu kebonekaan DAP dan penderhakaan,dan isu ini kemungkinan tidak memberikan tamparan hang Jebat kepada rakyat.

Namun sekiranya mereka memainkan isu penderhakaan dan kebonekaan ini,ia akan memberikan kesan yang negatif kepada mereka kerana dalam suasana sedemikian mereka tidak lesu daripada sokongan bukan melayu kepada saya dan pakatan rakyat. Kalau dahulu mereka boleh memainkan isu boneka sepertimana yang dilakukan mereka kepada PAS.

Apabila PAS mengadakan hubungan dengan DAP pada awal-awal yang meninggalkan barisan Altenatif, bukannya baru isu kebonekaan ini.

Kalau mereka meneruskan suasana sedemikian,pada ketika itu,PAS tidak mendapat sokongan dari china,tapi sekarang keadaan telah berbeza PAS telah mendapat sokongan dari cina.

Lanskap politik hari ini pakatan rakyat di terima oleh rakyat.Kalau mereka meneruskan kaedah yang sedemikian ia akan ada satu entiti bahawa kami akan ada sokongan yang besar dan mereka akan mendapat sokongan yang kecil.

S : Dalam tempoh pemerintahan pakatan rakyat sebelum ini selama 11 bulan yg lalu macam isu Islam dan melayu dilihat begitu dimanupulasikan oleh sesetengah pihak,jadi bagaimana pakatan rakyat ingin menyakinkan orang melayu bahawa mereka berasa selamat bersama islam,bolehkan Datuk Seri memeberikan rumusan pencapaian dalam konteks Melayu Islam semasa Pakatan rakyat memerintah?

J : Dalam tempoh 10 bulan yang singkat,pertamanya mereka dapat melihat dimartabatkan Islam dan apa saja pendekatan orang-orang Melayu dalam kita menguat dan menubuhkan isntutusi orang melayu,dengan menguatkan instutusi Melayu maka dengan sendirinya kita mengutkan institusi Islam.

Contohnya bila kita menyelamatkan sekolah agama rakyat dalam konteks memberikan sokongan moral,sumbangan dan juga infrasruktu dalam memartabatkan guru-guru Kafa,guru-guru tadika Islam dan Pasti, Kami juga memberikan sokongan dalam membantu rakyat-rakyat yang miskin dengan menyediakan keawangan yang cukup kepada anak-anak yang dapat masuk Universiti yang mana rata-rata mereka anak-anak orang Melayu,

Yang ketiga, kami memberi sokongan kewangan dalam bentuk tabung untuk usahawan muslim dan juga tabung untuk ibu-ibu tunggal kebanyakannya orang-orang Melayu,

Keempat, pemberian air percuma mereka di kalangan orang-orang Melayu. Kelima, menjayakan program keislaman yang bermusim berpandukan hari-hari bersejarah dalam Islam contohnya di bulan Ramadhan kita memartabatkan bulan itu dengan memastikan setiap masjid dan madrasah-madarasah mengadakan malam ihya Ramadhan semata-mata untuk memartabatkan Islam dan ecara tak langsung orang Melayu juga akan terlibat.

Dan kesan ini dapat dirasai oleh orang Melayu.Kami pakatan rakyat cuba tiidak mengkhususkan kepada orang Melayu sahaja kerana kami mahu program rakyat dilihat sebagai program rakyat melintas apa-apa aspek rakyat hingga ke daerah,jadi itu yang menyebabkan barang kali dipergunaka isu iitu oleh BN dan Umno.

Oleh saya meresakan pendekatan Islam kita itu jauh lebih banyak daripada apa yang diperbuat oleh Umno,kami dapat menikmati perbezaan itu di kalangan orang-orang Melayu kerana kami dapat membezakan apa yang kami buat misalnya kita melihat jumlah orang yang datang ke masjid jauh lebih berbeza dengan zaman sebelum kami juga dari segi kutipan zakat di bawah Umno kutipan zakat hanya sekadar RM35 juta semaksima RM40 juta setahun.

Di bawah pakatan rakyat kemuncak kutipan zakat sehingga mencecah RM50 juta,tentulah agihan zakat kepada asnaf yang lapan itu begitu ramai.

Inilah barangkali tidak dinampakkan oleh orang Melayu kerana kami tidak enggunakan ianya sebagai tarikan kepada orang Melayu dan tidak memberikan ianya sebagai kemuliaan yang tertumpu kepada orang Melayu, tetapi hakikatnya padahal kesemua asnaf tersebut ramainya adalah di kalangan orang Melayu yang semestinya dapat menerima agihan tersebut.

Kemudian kita juga melaksanakan program-program membantu orang-orang yang meninggal dunia setelah umurnya 65 tahun sama ada di kalangan orang melayu,China dan India yang gajinya tidak sampai Rm1000 sebulan.

Yang ini jika dibuat bancian kebanyakan mereka adalah di kalangan orang Melayu,cuma kita tidak sebut kita buat untuk orang Melayu kerana kita kena ingat bahawa di Perak ini bahawa orang Melayunya hanya 52% dan yang lainnya bukan orang Melayu.

Jadi untuk itulah kenapa pakatan rakyat dicemburui oleh Umno BN sebab pendekatan kami adalah pendekatan yang tidak ada elemen diskriminasi,jadi inilah penghormatan yang kami terima daripada rakyat cuma daripada orang Umno mereka masih lagi kekal dengan kemelayuan dengan mind-set kemalayuan,mindset asabiyah ini tidak dapat dielakkan sebab apa yang mereka perolehi hanya daripada media Umno sahaja.

Saya tidak nampak bahawa itu adalah masalah besar,apa yang buat itu adalah cerminan mengagungkan dan memartabatkan Islam.kami percaya dan yakin bila Islam itu dijaga dan dikawal dan dibela dengan elok automatik mereka-mereka di bawah naungannya akan juga dibela.

Inilah antara konsep pakatan rakyat yang juga berpegangkan kepada prinsip-prinsip yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan juga yang dilaksanakan oleh sebahagian besarnya di Kelantan.


S : Seterusnya berkenaan isu PPSMI,dikatakan sebelum ini Datuk seri sendiri antara orang terawal memperjuangkan isu PPSMI sebelum isu ini meletus secara hebat di KL baru-baru ini,boleh datuk seri ceritakan serba-sedikit?

J : Saya tidak menunjukkan riak dan megah saya membela bahasa Melayu,tapi kalau UMNO cuba memainkan bahawa mereka adalah pembela bahasa Melayu bahkan banyak lagi NGO-NGO yang diteraskan Umno sebagai pembela bahasa,kumpulan-kumpulan NGO kesasteraan Melayu,kumpulan-kumpulan yang pembela kesasteraan Melayu, Mereka seharusnya merasa segan dengan saya,kerana saya salah seorang dari ibu atau ayah bersama tiga orang lagi ahli,yang mana kami menuntut keadilan dengan menyaman di mahkamah tinggi KUala Lumpur.

Apa yang dibuat oleh Umno melalui dasar PPSMI itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan garis 152 bertentangan dengan akta pendidikan 1956,bertentangan dengan akta bahasa kebangsaan dan ada tiga atau empat akta-akta.

Pada ketika itu bila dilaksanakan pada tahun 2004 atau 2005,maka ketika itu kamilah yang turun-naik ke mahkamah bagi membenteng dan mempertahankan bahasa Melayu.

kami tidak lihat pimpinan Umno,bahkan merekalah yang melaksanakan dasar untuk menghancurkan bahasa Melayu dan ketika itu lagi kita kena lihat Utusan Malaysia.

Tapi saya menyimpan akhbar utusan Malaysia yang mana nama saya,nama anak saya terlibat dan rakan-rakan kami iaitu saudara Muhaimin,saudara Major Yahya di perkasa,Tuan Haji Hosni diSungai Siput,kamisebagai ayah mereka bertangungjawab kerana dasar PPSMI itu mengenai kepada anak-anak kami.

Jadi kamilah yang bertangungjawab, dari pada pimpinan Melayu tidak ada yang menghabiskan wang ringgit dan naik turun mahkamah bagi mempertahanakn bahasa Melayu.

Kami ketika itu adalah pimpinan PAS,maka hari ini saya nak buktikan yang mempertahankan bahasa melayu ini adalah orang PAS dan terbukti hari ini,Umno baru sekarang dengan kumpulan-kumpulan mereka.

Baru sekarang nak bangun untuk membuat suatu demontrasi besar-besaran di KL pada dua minggu lepas yang mana mereka dihalang oleh Polis dengan pancutan air asid dan sebagainya.

Beberapa suara-suara sumbang perwakilan Umno baru ini yang mendesak Pak Lah supaya dikembalikan semula dasar bahasa Melayu.

Kami mengambil tindakan mahkamah berpandukan kepada dua pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran ketika itu,dalam pemikiran saya perkara ini ada berlaku ketidak-samaan.

Ada berlaku injustice kerana dua pekeliling dikeluarkan oleh kementerian ang sama,dikeluarkan oleh ketua pengarah di peringkat yang sama kepada dua sekolah,satu sekolah rendah jenis kebangsaan China,satu lagi bahasa bunda, Mereka boleh buat pilihan sama ada nak guna Bahasa Inggeris ataupun tidak.

Jadi, di manakah letaknya kesamarataan? Yang ini saya boleh katakan bahawa Umno menjadi boneka kepada orang cina kerana tidak berupaya untuk menghalang desakan orang cina yang mengasak ketika itu bahawa sekolah Rendah jenis kebangsaan cina, mestilah dibiarkan yakni dikekalkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa mandarin.

Kalau sekiranya Umno ingin membela bahasa melayu, kalau sekiranya Umno mahu mengelakkan diri mereka menjadi boneka cina, maka sudah tentulah arahan itu meliputi keseluruhan sekolah di Malaysia.

Kenapa pula diasingkan sekolah kebangsaan dan bahasa inggeris, sekolah ini mempunyai pilihan sama ada inggeris atau mandarin.

Saya minta apa yang saya katakan ini dilaporkan bukan dalam konteks perkauman. hanya sekadar bukti mengenai ketidak adilan Umno, inilah kebonekaan cina yang dibuat oleh umno sehingga boleh menggadaikan bahasa Melayu dan mereka memartabatkan bahasa mandarin.

Sehingga ke hari ini kes saya ini masih lagi digantung di mahkamah,mereka tidak tergamak untuk menentang atau menghujah kepada saya kerana jelas dan terang bahawa apa yang mereka buat itu bertentangan dengan perlembagaan, akta pendidikan.

Saya bermohon kepada mereka yang berkumpul pada himpunan bantah PPSMI itu menerima hakikat bahawa kami berempat adalah mereka yang mula-mula sekali menterjemahkan perjuangan kami membela nasib orang melayu.

Saya melakukan semua itu atas peribadi saya sebagai orang melayu, islam, saya menghormati bahasa melayu kerana ia bahasa kalam, agama, Islam, sama dengan bahasa urdu, parsi, bahasa melayu setanding dengan bahasa itu.

Untuk itu saya ke depan, saya sanggup berbelanja kerana saya ingin membela nasib orang melayu.

S : Terakhirnya nasihat kepada pengundi kita melihat pilihan raya kecil ini ia menjadi kritikal dan sangat penting dalam saat politik negara kita begitu panas dalam keadaan tidak stabil,bagaimana nasihat Dato' seri sendiri untuk para pengundi supaya mereka memberi pertimbangan yang sewajarmya atas segala apa yang berlaku pada hari ini?

J : Nasihat saya kepada para pengundi Bukit Gantang,apa yang berlaku di Gantang hari ini,ia bukanya pilihan raya kecil.

Tetapi ia adalah satu referendum,satu pungutan suara dari 28 juta rakyat Malaysia yang mana 11 jutanya adalah mereka yang mendaftar sebagai pemilih dan ini merupakan referendum untuk menyatakan bahawa kami tidak mahu lagi kezaliman,kami tidak mahu lagi kepura-puraan,kami tidak mahu ketidak-adilan.

Kami berkehendakkan kebenaran,kami berkehendakkan kerajaan yang mentabir negeri ini dengan prinsip keadilan dan kami mahukan masyarakat bertamadun,kami hendakkan the rule of law,kami hendakkan kepatuhan dan keakuran kepada undang-undang,keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Mereka ingin menyatakan bahawa bumi Bukit Gantang adalah bumi yang melambai terima kasih dan selamat jalan kepada ketidak adilan,terima kasih dan juga selamat jalan kepada kebatilan.


Kepada Umno dan BN,itulah hakikatnya,jadi kita melihat apa yang berlaku di Bukit gantang termasuklah desakan dan pembubaran dewan undangan negeri Perak,ia termasuk dalam reforendum Bukit Gantang ini.

Itulah yang anda lihat pada 29 hari bulan itu,ramai yang datang pada hari penamaan calon dan begitu meluap-luak mereka datang menyokong adalah terjemahan daripada apa yang ingin mereka katakan bahwa mereka mahu memungut suara dan menghantar meseg kepada najib bahawa enough if
enough,cukup-cukuplah kerana kami berkehendak kepada perubahan yang besar dan perubahan di Bukit gantang ini akan melonjak kepada perubahan yang besar di peringkat pusat.


 

ALBUM