PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Halang isu Altantuya-rakyat makin yakin penglibatan Najib-Mahfuz PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Khamis, 02 April 2009 03:46

BUKIT GANTANG, 2 April - Siapa makan cili, dia terasa pedasnya,' demikian pepatah yang tepat bagi menggambarkan rasa sensitif Umno-BN yang kini berada di bawah teraju Dato' Seri Najib Razak yang melenting terhadap tindakan Pakatan Rakyat membawakan isu Altantuya pada pilihan raya kecil ini.

 

Kenyataan demikian dibuat Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera PAS oleh calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin kepada kelab penyokong India di Kampung Baru Matang, Kuala Sepetang, semalam.

"Apa yang kita hairan ialah apabila Ketua Polis Negara(KPN) dan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan larangan agar tidak menyentuh isu-isu tersebut sedangkan kita tidak menuduh sesiapa, tetapi ada pihak yang terasa dan melenting," katanya.

Ini secara tidak langsung ujarnya membuktikan bahawa keraguan rakyat selama ini terhadap penglibatan beliau mempunyai suatu petunjuk.

"Tindakan tersebut menyebabkan kita bertambah yakin bahawa beliau(Najib) terlibat dengan pembunuhan Altantuya," tegasnya.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyelar tindakan kedua-dua pihak iaitu KDN dan KPN yang melarang pembangkang menyentuh isu-isu yang masih berada dalam perbicaraan mahkamah.

"Ia bukan bidang kuasa mereka, kerana ia terletak pada keputusan mahkamah bagi membuktikan kebenaran.

"Tetapi mereka sekarang ini bertindak merampas kuasa tersebut daripada pihak hakim," ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar bakal perdana Menteri itu dapat membersihkan imej sebelum ditabalkan sebagai orang nombor satu negara.

"Kita tidak mahu mempunyai Perdana Menteri yang rosak imejnya.

"Sebaiknya beliau mengambil tindakan ke atas pihak yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya sepertimana yang dilakukan akhbar Perancis, sebagai bukti penafian dan penegasan terhadap dirinya serta negara," katanya lagi.

Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap peristiwa penggantungan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selepas beliau menyentuh isu tersebut di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Sebaliknya, orang yang menyuarakan saranan tersebut iaitu ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam Dewan Rakyat pula yang digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 12 bulan.

"Ia tidak sewajarnya dibuat," katanya.

 

ALBUM