PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Sambutan Ekspo Dataran Nik Aziz PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Khamis, 02 April 2009 02:52
SIMPANG, 2 April : Sambutan di kalangan masyarakat di jualan ekspo rakyat Dataran Nik Aziz sangat mengalakkan,terdapat ramai di antara peniaga yang datang dari rata-rata negeri berkampung di sini bagi memeriahkan lagi suasana pilihan raya Bukit Gantang.

Ekspo rakyat yang bertempat di Simpang ini tidak sunyi daripada program ceramah pada setiap malam bermula 26 Mac 2009 dan ianya dirasmikan oleh Calon PAS, Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.


Terdapat banyak gerai-gerai yang boleh dikunjungi oleh pengunjung di ekspo ini antaranya gerai cakera padat, isu-isu semasagerai pakaian seperti T-Shirt Muslimah dan Jubah, pakaian muslim seperti kopiah,T-shirt PAS, produk-produk muslim,kuih tradisional dan terdapat juga gerai makan untuk pengujung menjamu selera.


Menurut salah seorang peniaga T-Shirt Muslimah iaitu Yusairi Mansor 31,beliau datang dari Perlis semenjak hari pengumuman nama calon lagi. Katanya, " sambutan para pengunjung di sini sangat mengalakkan dari pelbagai masyarakat dan kami dapat bekerja sambil beramal untuk Islam".


Manakala seorang peniaga dari Sungai Petani Kedah Rohaiza Abdul Rahman 30 dan suaminya Yusof Mehat 33 menyatakan dengan berniaga seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu dana pilihan raya. Selama perniagaan berlansung di dataran ini, kami masih lagi dalam keadaan selamat.Tidak seperti sahabat yang lain yang berniaga di Taman Ria mendapat tekanan daripada FRU termasuklah semburan gas pemedih mata di tapak ceramah, begitu juga di Sungai Tinggi, jalan-jalan di tutup oleh Polis.
 

Suasana dan keadaan pilihan raya menjadi bertambah kelam-kabut bila ada campur tangan daripada pihak Polis, apabila Polis yang bertugas untuk menjaga keamanan negara bersikap sebaliknya hingga menganggu ketenteraman awam.
 

ALBUM