PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
BN tiada rekod cemerlang PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Rabu, 01 April 2009 08:33

TAMAN MENTERI , 1 April : Sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, genap setahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak dan ianya merupakan satu mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat bagi mentadbir negeri itu. Tetapi apa yang berlaku, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah merampas kuasa pemerintahan di Perak tanpa mengikut perlembagaan negeri Perak.


Setelah setahun memerintah, penilaian di buat dengan membandingkan rekod yang telah dicipta oleh pihak Pakatan Rakyat(PR) di Perak dengan rekod yang pernah dicipta oleh UMNO-BN selama 50 tahun mereka memerintah.


"Apa yang terjadi semasa pemerintahan BN selama 50 tahun ini?", soal YB Tian Chua kepada penduduk kawasan Taman Menteri dalam ucapannya malam tadi.


"Minyak naik, elektrik naik 30% tetapi kini hanya turun 3%, pelbagai inflasi berlaku dan sebagainya," katanya.


Beliau menyatakan juga, BN menangkap peniaga-peniaga kecil yang menaikkan harga sayur-sayuran sebaliknya pelbagai cukai, bahan mentah naik disebabkan dasar kerajaan tetapi tidak mengambil tindakan.


Tegas beliau lagi, apabila kegawatan ekonomi berlaku di negara ini, kerajaan hanya menutup mata. Ini dapat dilihat dalam sidang parlimen dimana apabila pihak pembangkang membangkitkan perkara ini dan diminta buat pemindaan terhadap budget yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, malangnya kerajaan tidak membuat apa-apa.


Selain itu, kerajaan menyatakan bahawa mereka tidak mahu  membebankan rakyat dengan kenaikan harga tol.Tetapi dalam pada yang sama  kerajaan telah membayar pampasan beratus-ratus juta ringgit kepada syarikat tol.


Pembangkang juga telah menyuruh Kementerian Sumber Manusia memberhentikan pengambilan pekerja asing kerana ramai rakyat di Malaysia ini yang menganggur. Tetapi malangnya alasan yang diberikan adalah rakyat di Malaysia tidak mahu bekerja sebagai buruh kasar, di dalam estet, menjadi petani dan sebagainya.


Mengapa ini terjadi? Jawab beliau adalah disebabkan sistem pengurusan itu sendiri tidak betul. Ada yang malas bekerja tetapi mendapat kontrak yang beribu-ribu ringgit tetapi yang rajin bekerja mendapat hasil pulangan yang sedikit.


Selama 50 tahun BN memerintah, tidak ada rekod yang cemerlang di rekodkan malah masalah kecil seperti kemiskinan pun mereka masih tidak dapat atasi. Apakah rakyat masih mahu memilih parti yang sudah lama diberi peluang untuk memerintah tetapi masih tidak dapat membantu rakyat malah yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.


Beliau berharap, rakyat di Bukit Gantang ini akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang sememangnya seorang yang berwibawa dan sekali gus dapat membuat suatu perubahan di Bukit Gantang ini dengan lebih amanah dan bertanggungjawab.

 

 

ALBUM