PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Hadkan isu - PAS tidak tergugat PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Rabu, 01 April 2009 06:32

BUKIT GANTANG, 1 April - PAS tidak berasa tergugat dengan gertakan Umno-BN yang menggunakan jentera kerajaan bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk terus memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang.

Kenyataan demikian dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS bagi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi pada satu sidang media harian yang diadakan di Markaz Induk PAS, Air Kuning pagi ini.

"Tindakan polis membataskan isu yang dibincangkan pada pilihan raya kecil ini menunjukkan bahawa Umno-BN kini berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengambil tindakan demikian," katanya kepada pemberita.

Malah, beliau menyifatkan arahan tersebut sebagai salah satu daripada ciri-ciri politik lama yang tertutup.

"Ini stail politik lama yang bersifat tertutup, membudayakan ugutan, sekatan bagi mencapai apa sahaja yang diidamkan.

"Kita sekarang memperkenalkan pakej politik baru yang terbuka dan telus tanpa sekatan terhadap maklumat kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya," jelasnya.

Katanya, jika sekiranya terdapat pihak yang sensitif dengan isu Altantuya perkara tersebut perlu diselesaikan dan bukannya ditutup.

"Isu tersebut ditutup seolah-olah hendak melindungi pihak tertentu," katanya merujuk kepada isu Altantuya.

Ditanya mengenai tindakan yang dibuat parti tersebut berhubung kenyataan ketua polis negara semalam, Asmuni menjelaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang arahan secara jelas dan khusus daripada pihak Polis.

"Kita tidak menerima sebarang arahan daripada Ketua Polis Negara, tetapi kita menghormati kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.

"Tetapi ini tidak bermakna kita tidak mengikuti lunas-lunas perundangan, malah kita akan teruskan selagi ianya masih berada dalamĀ  batas-batas yang dibenarkan undang-undang," katanya lagi.

Menyentuh isu pengeluaran permit, Asmuni berkata sememangnya terdpat sikap tidak adil pihak polis sepanjang aktiviti yang diadakan oleh Pakatan Rakyat.

"Mengikut syarat, kami hanya dibenarkan mengadakan ceramah sehingga jam 11 malam bagi kawsan luar bandar dan 12 tengah malam bagi kawasan bandar.

"Tetapi dalam kes baru-baru ini d Trong, kami diarah berhenti awal sedangkan program Umno berakhir pada jam 12 tengah malam di kawasan yang
sama, ini sudah tentu tidak adil dan berat sebelah," tegasnya.

 

ALBUM