PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Najib perlu contohi Presiden PAS PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Rabu, 01 April 2009 06:00

BUKIT GANTANG, 1 April: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.Sebelum daripada angkat sumpah tersebut,rakyat meminta agar imej bakal Perdana menteri dipandang bersih di mata dunia,agar imej Malaysia yang menampilkan imej sebuah negara yang mejoritinya berpegang agama Islam sentiasa bersih.


Justeru terdapat pelbagai sumber maklumat dari antarabangsa yang menyiarkan berita mengenai kes beliau dengan Altatunya.Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.


Dalam laporan Liberation, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama Altatunya, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.


Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.


Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.


Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.


Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.


Manakala akhbar BBC pada 6 julai 2008 melaporkan Najib adalah pemimpin Malaysia yang mempunyai skandal dengan wanita Mangolia iaitu Altunya serta membunuh beliau,tetapi Najib tetap menolak tuduhan tersebut.

Pada hari ini The Korea Times juga menyebarkan berita tentang Najib Razak and the Ghost of Altantuya.


Rakyat berharap sekiranya tuduhan-tuduhan atau fitnah yang dilemparkan kepada bakal Perdana menteri ini adalah salah,ianya harus dibersihkan, supaya imej negara tidak tercemar di mata dunia.


Sehubungan dengan perkara ini, Najib sepatutnya mencontohi Presiden Pas,Tuan Guru Abdul Hadi Awang  yang berani menyaman Akhbar ternama Britain, Daily Mirror pada 1 May 2007 ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda yang merancang untuk melancarkan serangan pengganas di United Kingdom termasuklah untuk mengebom Pusat membeli belah Bluewater di Kent.


Walau bagaimanapun Daily Mirror telah bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Hakim Eady, Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice di Britain ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda.Ustaz Hadi diwakili oleh Adam Tudor dari firma Carter Ruck di London iaitu sebuah firma yang paling terulung di dalam mengendalikan kes-kes fitnah.

 

 

 

 

ALBUM