PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Sudah 30 tahun meninggal dunia masih dalam daftar pengundi PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Selasa, 31 Mac 2009 09:23

BUKIT GANTANG, 31 Mac - Malaysian For Free And Fair Elections (MAFREL) telah menemui seorang yang telah 30 tahun meninggal dunia tetapi masih lagi terdapat di dalam senarai daftar pemilih Bukit Gantang yang akan digunakan di dalam pilihan raya kecil kali ini.



Antaranya kes seorang pemilih bernama Encik Kassim b. Md Amin yang dilahirkan pada 8 Julai 1916. Beralamat di Kampung Ulu Cheh, Kampung Cheh, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual anak perempuan beliau, Puan Rohani bt Kassim (58 tahun). Puan Rohani telah memaklumkan bahawa bapa beliau tersebut telah meninggal pada tahun 1973 (36 tahun lalu).



Beliau juga telah membawa wakil MAFREL ke tanah perkuburan di mana bapa beliau dikebumikan. Kematian Encik Kassim juga telah disahkan oleh Ketua Kampung Ulu Cheh, Encik Ismail b. Ahmad.



Sebuah lagi kes melibatkan pemilih iaitu Encik Che Man b. Said. Dilahirkan pada 9 Nov 1912 di lokaliti Kg Jelutong, Pengkalan Aor, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual cucunya yang bernama Nasron b. Che Harun di Kg Pecah Batu, Jelutong. Beliau mengesahkan Datuknya, Che Man telah meninggal dunia lebih kurang 8 tahun yang lalu.



Dalam pada itu, MAFREL juga menemui pemilih yang berumur 101 tahun yang masih hidup yang bernama Encik Mat Hussin b. Bandar di Kg Banggol Rendang, Kg Cheh, DUN Changkat Jering.



MAFREL juga telah berusaha menjejaki beberapa pemilih yang namanya berada dalam senarai daftar pemilih tetapi tidak dijumpai. Malah sebahagian penduduk kampung juga tidak mengenali pemilih-pemilih tersebut.



Menurut kenyataan Pengerusi MAFREL Syed Ibrahim Syed Noh, kes ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semakan dengan lebihi teliti dan terperinci boleh dilakukan terhadap senarai daftar pemilih bagi tujuan pilihanraya yang bersih daripada kemungkinan unsur penipuan dalam bentuk penyamaran.



"Kerjasama yang erat dan berkesan perlulah diwujudkan di antara jabatan-jabatan berkenaan khususnya SPR, JPN dan PDRM untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam daftar pemilih." kata beliau.



Seramai lebih 50 orang pemerhati MAFREL yang akan bertugas di Bkt Gantang. Penyelarasnya ialah Sdr Megat Shariffudin b. Ibrahim, no tel (012-5222664). Di Bukit Selambau seramai 35 orang diketuai Sdr Ir Jamaluddin Abdullah, no tel (019-4744220) dan Di Batang Ai ialah seramai 33 orang diketuai oleh Sdr Peter John Jaban, no tel (019-8056107). - sumber http://mafrel.wordpress.com

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 31 Mac 2009 09:45
 

ALBUM