PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Rakyat diperbodohkan oleh UMNO PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Selasa, 31 Mac 2009 06:19

KUALA SEPETANG, 31 Mac : Memilih pemimpin dalam Islam merupakan satu amanah yang cukup besar bagi setiap indvidu. Perkara ini ditulis oleh ulamak Islam dalam kitab mereka tetapi kebanyakkan orang Islam pada hari ini tidak belajar atau mengambil tahu perkara ini bahkan warga asing yang mengambil ilmu Islam dan dipraktikkan.


Di dalam ucapan Presiden PAS semalam, beliau menyatakan bahawa orang Islam pada hari ini begitu rugi kerana tidak mengamalkan ajaran yang di bawa sendiri oleh ilmuan Islam tetapi sebaliknya bangsa asing terutama barat yang mengambil ilmu berkenaan tetapi mereka telah memodenkannya.


"Penjajah mengambil ilmu-ilmu Islam seperti perubatan, geografi, angkasa lepas dan juga termasuk ilmu pemerintahan. Tetapi orang barat telah memodenkan demokrasi itu sendiri. Negara yang mengamalkan demokrasi, rakyatnya diberi hak untuk memilih pemimpin dan melalui pilihan raya juga rakyat berpeluang menjadi hakim bagi menentukan pemimpin di kawasan mereka", ucapnya dalam ceramah yang disampaikan di Kg Jebong semalam.


Apa yang berlaku di Amerika Syarikat, rakyat telah menjatuhkan pemerintahan yang dipimpin oleh Bush kerana rakyat Amerika tahu bahawa kroni-kroni Bush terlibat dengan genjatan senjata di Afghanistan, Iraq dan juga membantu Israel untuk menghancurkan kedamaian.


Pada tahun 80-an, rakyat di India turut menjatuhkan Indira Gandi dimana beliau terlibat dengan kes rasuah yang didedahkan oleh pihak media. Di India, media bebas untuk melaporkan berita mana-mana parti sama ada kerajaan atau pembangkang. Tidak seperti di Malaysia yang kononnya mengamalkan demokrasi tetapi kerajaan yang memerintah menyekat dan menghalang pihak media daripada melaporkan berita dari pihak Pakatan Rakyat.


Begitu juga di Thailand dimana rakyatnya telah menolak pemerintahan Thaksin Sinawatra yang zalim lagi kejam. Di Jepun, salah seorang Exco kerajaan Jepun telah meletakkan jawatannya kerana beliau mementingkan maruah dan harga diri. Beliau telah difitnah kerana mabuk di dalam satu mesyuarat di luar negara sedangkan beliau mengantuk kerana meminum ubat batuk.


Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat warga asing lebih faham pilihanraya berbanding orang di Malaysia terutama orang Islam yang masih menyokong UMNO yang nyata mereka memerintah untuk kepentingan kroni-kroni mereka sahaja. Yang kaya bertambah kaya, dan yang miskin papa kedana.


Di Malaysia, pemimpin UMNO sudah seperti tidak ada maruah dan rakyat diperbodohkan. Sepanjang pemerintahan UMNO, duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya, memberi Pulau Pangkor kepada orang cina yang kaya dan begitu juga memberi Ge. Mereka tidak menunaikan tanggungjawab dengan betul sepanjang 63 tahun pemerintahan mereka. Apakah selepas 63 tahun baru hendak berubah?


Oleh itu, pilihanraya pada kali ini diharapkan rakayat Bukit Gantang memilih calon Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga Menteri Besar Perak yang sah. Beliau telah membuktikan kewibawaan beliau sepanjang Pakatan Rakyat memerintah sebelum Barisan Nasional merampas kuasa secara tidak sah dengan membeli beberapa ADUN Pakatan Rakyat.


Diharapkan rakyat menyambung amanah yang pernah disampaikan kepada Allahyarham YB Roslan yang meninggal dunia kepada calon PAS kali ini dan sekaligus membenamkan parti UMNO di Perak ini. Kekalkan kemenangan rakyat supaya rakyat dapat hidup di bawah pemerintahan yang adil untuk semua kaum di Bukit Gantang ini.

 

ALBUM