PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Muhyidin mula tidak yakin boleh menang pilihanraya PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Selasa, 31 Mac 2009 04:47
Bukit Gantang, 31 Mac  -  Muhyidin mula tidak yakin boleh memenangi pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, Dun bukit Selambau dan Batang Ai apabila meminta rakyat tidak menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai suatu 'pungutan suara' penerimaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO di bawah Najib Tun Razak.
 
 
"Ini menunjukkan bahawa peluang mereka sudah tidak ada di ketiga-tiga pilihanraya tersebut" kata Datuk Mahfuz ketika dihubungi oleh [email protected] IT hari ini.

 
"Dia tidak mahu keputusan ini menjadi sebagai suatu referendum rakyat bagi membuktikan penerimaan rakyat kepada kepimpinan baru UMNO kerana mereka menjangkakan  akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini." kata beliau.

 
Menurut Datuk Mahfuz, ini merupakan suatu pengakuan yang ikhlas daripada Muhyidin kerana sudah tahu mereka tidak boleh diterima oleh rakyat."Kami mengucapkan terima kasih atas pengakuan ini" sinis beliau.

 
Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mempersoalkan mengapa medan pilihanraya ini tidak boleh dijadikan referendum sedangkan inilah medan ujian kepada kepimpinan baru UMNO di bawah kepimpinan Najib Tun Razak.

 
"Kalau orang di sini (Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai) sudah tidak boleh terima, menunjukkan rakyat sudah tidak yakin dengan kepimpinan Najib" kata beliau.

 
Tan Sri Muhyidin dilaporkan berkata kepada Bernama bahawa ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib melainkan hanya pilihanraya kecil.
Terakhir dikemaskini pada Selasa, 31 Mac 2009 04:58
 

ALBUM