PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
UMNO mempermainkan Islam PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Selasa, 31 Mac 2009 03:07

SIMPANG, 31 Mac : Kepimpinan merupakan satu amanah bagi seseorang yang bakal memenangi kerusi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang ini dan ianya merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sebaiknya kerana ianya bukan sahaja berkait rapat dengan kehidupan di dunia tetapi juga kehidupan diakhirat.


" Soal kepimpinan bukan soal siapa yang akan duduk di Parlimen sahaja. Tetapi ianya merupakan satu amanah kerana ianya menyentuh kehidupan dunia dan akhirat.


Perjuangan berpolitik bukan sahaja berjuang untuk dunia. Tetapi juga untuk akhirat. Ianya juga bukan berjuang antara dosa dan pahala tetapi berjuanganlah ibarat akan hidup selamanya dan akan mati diesok hari," kata Dr Badrul Amin di Forum Rakyat bertempat di tapak Expo Rakyat baru-baru ini.


Menegakkan Islam merupakan satu rahmat seluruh alam. Bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua mahluk di muka bumi ini.


Hari ini, semua menderita kerana perbuatan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Sebagai contoh ekonomi Malaysia rosak kerana pemimpin yang tamakkan harta rakyat dan politik rosak kerana perampasan kuasa yang berlaku di Perak.


Menyentuh mengenai PAS dan Parti Keadilan Rakyat menjadi tunggangan DAP, Dr Badrul Amin menyatakan ketika dahulu tidak ada orang bukan Melayu yang menjaga pondok panas parti PAS. Tetapi kini orang Cina dan India turut sama-sama membantu PAS bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.


Ini menunjukkan bahawa mereka telah menerima perjuangan yang di bawa oleh PAS.


Perjuangan PAS dan PKR adalah telus dan adil kerana memperjuangkan untuk keadilan semua kaum. Tidak timbul persoalan PAS dan DAP ditunggang oleh DAP.


Apakah UMNO memperjuangkan agama Islam?

UMNO telah memperkenalkan ajaran baru yakni Islam Hadari hinggakan ramai yang keliru adakah ini Islam baru atau Islam lama. dan ianya boleh menyesatkan orang Islam. UMNO juga mempersoalkan hukum hudud dimana hudud merupakan hukum yang wajib dilaksanakan keatas orang yang mengaku ianya beriman. Tetapi UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam menyatakan bahawa hudud itu perundangan kuno (lama).


Sekiranya DAP yang bukan Islam menolak hudud, mereka tidak wajib beriman dengan hudud kerana hudud ini merupakan hukum Allah s.w.t yang wajib dikenakan keatas orang yang mengaku ianya beriman yakni orang Islam. Ini semua nyata menyatakan bahawa UMNO selama ini hanya memperjuangkan Islam di atas bibir sahaja tetapi tidak melaksanakan malah menolak untuk menunaikannya.


Dalam pada itu, YB Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan ahli panel do forum tersebut juga menegaskan bahawa jawatan merupakan satu amanah. Sekiranya amanat di khianati,kehancuran akan melanda yakni berlakunya kerosakan atau pergolakan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.


Beliau juga berharap pilihanraya kecil pada kali ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat kerana ianya merupakan pilihanraya yang amat penting sebagai meberi amaran kepada UMNO bahawa rakyat sudah tidak mahu dengan kepimpinan yang dibawa oleh pemimpin mereka yang banyak terjebak dengan gejala rasuah.

 

ALBUM