PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
PR bela semua kaum miskin PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Isnin, 30 Mac 2009 10:33

KEMUNTING, 30 Mac - Dato' Seri Nizar Jamaluddin, dalam kempen awal beliau selepas disenaraikan sebagai calon PAS Bukit Gantang pada hari penamaan calon menyeru kepada warga Bukit Gantang agar memberi sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat.


Bakal-bakal pengundi diingatkan agar bijak memilih pemimpin yang amanah, berintegriti, jujur, prihatin kepada kaum-kaum miskin tegas beliau.


" Selama 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, kita telah melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk kepentingan rakyat demi membela semua kaum yang miskin termasuk melayu, cina dan india tanpa mengirakan fahaman politik dan agama. Kita bagi semua sama rata " demikian antara luahan Nizar dalam satu majlis bersama penduduk di Taman Perumahan Desa Yayasan, Kemunting.


Majlis yang dihadir lebih dari 500 orang penduduk berbilang kaum dan peringkat umur itu diserikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik seperti pertandingan gubahan hantaran, pertandingan melukis, cabutan bertuah dan lain-lain sukan rakyat.


" Tuan-puan juga diminta mengajukan sebarang masalah dan kesulitan kepada pihak atasan, agar pihak atasan dapat membantu mengatasi masalah penduduk" tambah DS Nizar.


Selain itu, dalam majlis yang sama YB Rohani Ibrahim, ADUN Tanjung Mas menyampaikan sumbangan keperluan kepada penduduk-penduduk yang miskin dan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.

 

Program ini mendapat kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya daripada penduduk tanpa berganjak walaupun berkeadaan dalam hujan lebat dan becak.

 

KLIK ALBUM PROGRAM

 

ALBUM