PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Nizar mengimamkan solat Maghrib dalam program UMNO PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Isnin, 30 Mac 2009 09:27
SIMPANG, 30 Mac - Nizar mengimamkan solat maghrib selama 20 minit di Masjid Simpang semalam. Pada masa yang sama, UMNO turut dijadualkan mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil di masjid itu.
Timbalan Presiden UMNO Muhyidin Yasin juga dikatakan hadir di dalam majlis itu.
Calon PAS untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu, kemudiannya dijemput untuk memberikan tazkirah selama 20 minit bagi menjelaskan tafsiran surah yang dibaca oleh beliau ketika mengimamkan solat tersebut.

Walaubagaimanapun orang-orang UMNO membantah, kononnya Nizar cuba menjadikan ruang itu untuk tujuan ceramah  politik. Nizar berkata sebelum memulakan tazkirah beliau dinasihatkan untuk tidak berceramah pilitk dan beliau akur dengan nasihat tesebut. Nizar terpaksa memberhentikan tazkirah lebih awal dan keluar agar tidak berlaku kekecohan.


"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.


"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," jelas Nizar seperti yang dilaporkan oleh Mstar.


Pemimpin UMNO kemudiaannya mengembar-gemburkan di dalam ceramah mereka kononnya Nizar merampas kuasa masjid.
Bagi mengelakkan suasana kecoh Nizar terpaksa memberhentikan tazkirah dan meninggalkan masjid dengan lebih awal.
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 30 Mac 2009 11:31
 

ALBUM