PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
UMNO ni Melayu sangat ke? - Ustaz Idris PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Isnin, 30 Mac 2009 05:30

SIMPANG, 30 Mac : Perjuangan UMNO adalah untuk kaum Melayu. Selama mereka memerintah itulah yang dilaung-laungkan oleh pemimpin UMNO untuk memperjuangkan hak Melayu. Tetapi, apakah benar mereka benar-benar memperjuangkan hak orang Melayu?


Semalam berlangsungnya forum perdana di tapak Expo Rakyat yang terdiri dari ahli panel yang cukup hebat. Ustaz Idris Ahmad selaku Pengerusi Majlis mengambil peluang mempersoalkan, "UMNO ni Melayu sangat ke?".


Menyentuh isu tanah yang telah diputar belitkan oleh UMNO Perak, Ustaz Idris menyeru supaya rakyat melihat beberapa perkara.


Pertama, Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.


Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising mengenai tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.


Ustaz Idris Ahmad juga membongkar beberapa perkara yang UMNO Perak telah lakukan di Perak semasa pemerintahan mereka. Antaranya;


Tanah rizab Melayu di Padang Rengas Kuala Kangsar dekat Highway sebanyak 200 ekar di Padang Rengas yang merupakan tapak kilang simen Perak Hanjoong,  telah digadaikan oleh pemimpin UMNO kepada YTL Corporation (Yeoh Tiong Lay). Bayangkan tanah rizab orang Melayu digadaikan kepada cina yang kaya.


1,500 ekar tanah kerajaan di kawasan Bandar Baru Kampar pula telah dianugerahkan kepada MCA untuk membina Kampus UTAR (Universiti Tuanku Abdul Rahman) dimana pembangunan ini sepatutnya diberi peluang kepada Kontraktor Melayu yang berkelayakan.


Tauke-Tauke Cina (KLK) telah dianugerahkan dengan tanah kerajaan di kawasan Lekir, Manjung seluas 2,000 ekar.


Begitu juga, United Plantation yang merupakan Syarikat milik warga asing telah dianugerahkan dengan tanah kerajan di kawasan Beruas, Manjung seluas 5,000 ekar.


Daripada fakta-fakta yang dibongkarkan ini, bolehlah dirumuskan UMNO-lah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP tegas beliau dalam ucapannya semalam.

 

ALBUM