PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Bukit Gantang peluang menonjol prinsip keadilan PDF Cetak emel
Ditulis oleh TVAntara   
Isnin, 30 Mac 2009 04:38

Calon Pakatan Rakyat bagi Bukit Gantang, Datuk Seri  Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pilihanraya kecil parlimen itu mewakili peluang terbaik  mewujudkan model demokrasi yang berpaksi kepada prinsip menghormati pengasingan kuasa antara eksekutif, parlimen, institusi raja dan badan kehakiman.

 

"Melalui pilihan raya kecil ini,  Pakatan Rakyat ingin menonjolkan model "rule of law" atau pemerintahan berlandaskan undang-undang, “ kata Nizar.

 

"Kita ingin kembalikan asas dan prinsip ini kepada landasan sebenarnya yang telah dirosakkan oleh Barisan Nasional,"kata beliau kepada wartawan di luar dewan penamaan calon.

 

Beliau menyifatkan pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini sebagai pertembungan antara kebenaran yang diwakili oleh Pakatan Rakyat dan kebathilan yang dibawa oleh Barisan Nasional.

 

Nizar akan menghadapi saingan daripada calon Barisan Nasional, Ismail Safian yang juga  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang dan calon bebas Kamarul Ramizu.

 

Nizar tiba di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pukul 8.45 pagi dan adalah calon pertama menyerahkan borang pencalonan kira-kira 20 minit kemudian.

 

Beliau disusuli oleh Ismail dan Kamarul Ramizu Idris pukul 9.30 pagi.

 

Antara yang mengiringi Nizar ke tempat penamaan calon ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, Naib Presiden Keadilan, Mustafa Kamil Ayub dan Pengerusi Keadilan Perak, Osman Abdul Rahman,  .

 

DAP pula diwakili oleh Penasihat Parti Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

 

Keadaan kecoh seketika apabila kereta Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dibaling botol oleh sekumpulan penyokong di percayai daripada BN ketika tiba di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.

 

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan beikutun penyandang kerusi sebelumnya, Roslan Shaharum yang meninggal dunia  akibat serangan jantung 9 Februari lalu.

 

Ketibaan Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak dan ahli dewan undangan negeri Pasir Panjang disambut meriah oleh kira-kira 20 ribu penyokong yang mengibari bendera dan membawa sepandok Keadilan, Pas dan DAP.

 

 

sumber: perak.pas.org.my

 

Calon BN diringi oleh lebih kurang 3,000 penyokongnya.

 

Pemerhati politik melihat keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang sebagai penilaian  terhadap keabsahan kerajaan lantikan BN yang dianggap oleh sebilangan besar rakyat  sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan perlembagaan negeri Perak.

 

Kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan parlimen ini akan memberi tekanan kepada BN agar akur dengan desakan rakyat supaya diadakan pilihan raya negeri sebagai mengatasi kemelut dua Menteri Besar di Perak.

 

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pengundi, merangkumi 35,160 pengundi Melayu (63.28 %), 15,101 pengundi Cina (27.18 %) dan 5,299 pengundi India (9.54 %).

 

ALBUM