PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
Perjelas isu sensitif melalui ceramah PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Ahad, 29 Mac 2009 13:50

BUKIT GANTANG, 29 Mac - PAS sedang berusaha untuk mengawal isu-isu sensitif yang cuba dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan imej Pakatan Rakyat.


Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata pihaknya sedang menjalankan proses penerangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak musuh.


"Dalam keadaan politik semasa yang tidak stabil, kita sentiasa berusaha memberikan penerangan dan penjelasan terhadap isu-isu dikategorikan sebagai sensitif yang sengaja diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita semasa tiba di perkarangan Majlis Penamaan calon, berhampiran Dewan Perbandaran Taiping pagi tadi.


Mengulas mengenai calon PAS, beliau menyatakan bahawa pemilihan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin sebagai calon merupakan
pilihan yang tepat.


"Ia sangat kena dengan kehendak rakyat di sini memandangkan beliau mempunyai rekod pencapaian cemerlang sebagai Menteri Besar.


"Saya yakin dan percaya beliau akan mencapai kemenangan,"katanya.


Dalam perkembangan yang berbeza, Pengarah Jentera Operasi Pilihan raya PAS Bukit Gantang, Asmuni Awi menyatakan bahawa PAS menjadikan program berbentuk ceramah dan aktiviti bersifat kelompok sebagai antara medium penerangan terhadap pelbagai isu semasa kepada masyarakat setempat.


"Kita mengambil pendekatan yang bersifat penjelasan kepada masyarakat khususnya pengundi bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat," katanya dalam satu sidang media dekat sini hari ini.


Tambahnya, mekanisme tersebut didapati memberikan kesan yang maksimum kepada pengundi.

 

ALBUM