PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
PAS kecam risalah subversif PDF Cetak emel
Ditulis oleh Fadhilah Mansor   
Ahad, 29 Mac 2009 12:38

 

BUKIT GANTANG, 29 MAC - PAS melahirkan rasa dukacita atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran risalah yang menuduh Pakatan Rakyat bersifat 'marxisme'.


Pengarah Jentera Operasi Pilihan raya PAS bagi Bukit Gantang, Asmuni Awi berkata pihaknya meminta ahli-ahli yang menjumpainya membuat laporan
polis.

"kami mendapati risalah subversif tersebut telah disebarkan di merata tempat dan kami meminta agar mana-mana ahli atau petugas yang menemuinya
melaporkan kepada pihak polis," ujarnya pada sidang media di Markaz PAS Air Kuning selepas majlis penamaan calon petang tadi.

Beliau juga menyatakan bahawa lanskap politik Malaysia kini telah engalami perubahan dan akan memasuki satu era baru.

"Yang saya maksudkan dengan politik era baru ini adalah cara BN yang lebih cenderung kepada trend ugutan dalam setiap tindakan dan ucapan,"
katanya.

Sementara itu, beliau juga membangkitkan isu bidang kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR yang mengelirukan.

"Sepatutnya bila pilihan raya berlangsung, maka yang akan terlibat dengan semua institusi dan urusan adalah SPR dan bukannya pihak polis.

"Ini yang pelik apabila dalam keadaan seperti sekarang apabila pihak polis mengeluarkan permit untuk mengadakan aktiviti seperti ceramah,
kempen dan sebagainya," katanya lagi.

Tegasnya, SPR hendaklah memikul tanggungjawab bagi semua yang berkaitan dengan pilihan raya dan bukannya menyerahkan tugas tersebut kepada pihak polis.

Dalam perkembangan yang berbeza, Asmuni berkata pihaknya yakin Presiden Umno yang baru, Dato' Seri Najib Razak tidak berani untuk turun ke Bukit
Gantang sejak isu rampasan kuasa kerajaan Perak oleh BN secara tidak bertamadun.

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 30 Mac 2009 02:03
 

ALBUM