PAKAT UNDI PAS

MENU UTAMA


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

INFO P059


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/prk059/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99
BN membazirkan wang rakyat PDF Cetak emel
Ditulis oleh [email protected]   
Sabtu, 28 Mac 2009 03:48
CHANGKAT JERING, 28 MAC : Setiap perbuatan atau perlakuan manusia hendaklah mengikut agama dan setiap perbuatan yang dilakukan juga ada hukum. Pilihlah pemimpin yang hubungannya baik dengan Allah swt kerana ianya merupakan asas utama dalam memilih pemimpin.

Itulah yang ditegaskan oleh Ustaz Kamal Ashaari dalam ceramahnya semalam di Dun Changkat Jering.

"Dalam mentadbir sesebuah negera, kita hendaklah memerintah mengikut agama dan mengutamakan rakyat. Ianya telah dibuktikan oleh Pakatan Rakyat dimana sepanjang 11 bulan PR memerintah di bawah negeri Pakatan Rakyat, PR telah mengutamakan hak rakyat terlebih dahulu. Rakyat Perak khususnya boleh melihat banyak perubahan telah dilakukan oleh PR dan nyata sama sekali berbeza dengan pemerintahan BN dahulu", katanya.

Perbezaan sepanjang 50 tahun BN memerintah dengan 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah, dapat dilihat BN lebih mengutamakan keseronokan dari mengutamakan amanah.

"Pada tahun 2007, UMNO pimpinan Perak telah melaburkan wang sebanyak RM 2.7 juta untuk menyambut hari kemerdekaan. Mengapa wang yang begitu banyak dihabiskan hanya untuk satu upacara sahaja? Duit rakyat yang dibazirkan itu adalah lebih baik jika diagih-agihkan kepada rakyat miskin di negeri Perak ini," tegasnya lagi.

Tetapi pada tahun 2008 di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, PR telah mengurangkan perbelanjaan sambutan hari kemerdekaan sebanyak RM 1 juta.

Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PR dirampas secara tidak sah oleh BN baru-baru ini. Antaranya adalah bekalan air percuma sebanyak 10 liter padu yakni RM 10 sebulan bagi setiap rumah.

Selain itu kerajaan PR akan memberikan sumbangan derma siswa rakyat sebanyak RM1000 bagi anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Di bawah pemerintahan BN, pelajar terpaksa berhutang dengan membuat pinjaman sebanyak lebih kurang RM 20 ribu dengan PTPTN. Di negara lain seperti di Madinah, Iraq dan Mekah, pelajaran adalah diberi percuma dan bukannya di bebankan hutang kepada pelajar seperti di Malaysia.

Bagi golongan yang miskin, kurang upaya dan ibu tunggal, PR telah menyediakan satu tabung kebajikan rakyat khas untuk golongan ini bagi membantu dan mengurangkan beban mereka .

Terdapat beberapa lagi kemudahan yang di buat oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk rakyat dibawah negeri pemerintahan Pakatan Rakyat.
Ini jelas menunjukkan bahawa sepanjang pemerintahan PR, ianya lebih mengutamakan rakyat berbanding dengan pemerintahan UMNO dimana mereka banyak menghabiskan wang rakyat dengan keseronokan seperti hiburan, menguntungkan kroni-kroni mereka dan sebagainya.

Dalam memilih pemimpin, perkara asas yang perlu dilihat adalah calon tersebut takut akan Allah swt dan hubungannya rapat dengan ALLAH swt. Inilah panduan yang diajar dalam Islam bagi memilih seorang pemimpin.

UMNO di semua peringkat nyata sama sekali membelakangkan Allah, ini kerana dipilih berdasarkan rasuah. Kenyataan ini dinyatakan sendiri oleh puak-puak UMNO dimana merek sendiri telah mendedahkannya di dalam surat khabar dan televisyen bersempena dengan pemilihan pimpinan UMNO yang baru.

Beliau akhiri ucapan beliau dengan berharap rakyat di Bukit Gantang akan keluar mengundi dan memilih calon PAS iaitu Dato' Seri Ir Hj Muhammad Nizar Jamaluddin yang sememangnya berwibawa dan beliau menegaskan bahawa berpolitik juga merupakan salah satu dalam kehidupan yang wajib ditunaikan oleh setiap individu.
Turut hadir pada malam itu adalah calon Pakatan Rakyat Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Presiden Gamis Saudara Dzulkhairi.
 

ALBUM